web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek LCS Bukan Semasa Saya Jadi Menteri Pertahanan - Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 3:40PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan penglibatan dirinya dalam skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang bernilai berbilion ringgit.

Presiden UMNO itu berkata, kegagalan perolehan kapal itu berlaku sebelum beliau memegang jawatan terbabit.

Beliau menambah, pembekal kapal, iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd adalah anak syarikat Boustead Holdings Bhd yang menyaksikan pemegang saham terbesarnya ialah Lembaga Dana Angkatan Tentera (LTAT).

“Menurut laporan audit oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, kontrak dengan BNS adalah selaras permohonan perolehan melalui garis panduan rundingan terus dan bertarikh 17 April 2002.

“Ternyata, perkara itu tiada kaitan dengan saya dan LTAT sendiri memegang bahagian terbesar saham dalam syarikat pembekal LCS,” katanya.

Zahid yang memegang jawatan Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013, turut menggesa mereka yang terlibat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PAC.

“Mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan dalam proses perolehan, harus mengakui dan memberikan penjelasan mereka kepada PAC,” katanya dipetik UMNO Online.

“Ini adalah untuk menyokong pendedahan kegagalan tersebut,” katanya sambil menegaskan bahawa beliau bersedia memberikan keterangannya kepada PAC supaya prosiding itu dapat diselesaikan segera.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, siasatannya terhadap kontroversi perolehan LCS sedang di peringkat akhir, dengan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Khamis lalu, PAC menegaskan, penemuan penting daripada prosiding mengenai perkara itu antara lain mendedahkan, walaupun kerajaan sudah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek terbabit, tidak ada sebuah kapal LCS disiapkan.

Mengikut jadual asal, katanya, lima LCS sepatutnya sudah disiapkan dan dihantar pada bulan ini.

PAC juga mengesyorkan, SPRM mengambil tindakan pendakwaan dalam hal ehwal LCS dengan cadangan itu dibuat berdasarkan dapatan daripada beberapa laporan, termasuk berdasarkan keterangan mantan Komander Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Menerusi keterangan pada Jumaat itu, beliau dilapor mendedahkan bagaimana pegawai tertinggi kerajaan yang dimaklumkan mengenai kemungkinan masalah timbul daripada proses perolehan enam kapal itu, bagaimanapun tidak mengambil langkah untuk menanganinya.

Menurut Abdul Aziz yang juga Ketua Tentera Laut dari April 2008 hingga November 2015, beliau melahirkan rasa curiga dan pandangan pihaknya melalui surat teguran, selain ketidakpuasan hati kepada pihak atasan kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan.

Ia termasuk dua surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, lima surat kepada Menteri Pertahanan, 10 surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian serta masing-masing satu surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kerajaan.

Abdul Aziz juga memberi keterangan bahawa dia mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan perolehan LCS kerana semasa perolehan kapal itu dilakukan kerajaan bagi pihak tentera laut, BNS Sdn Bhd diberi kawalan penuh ke atas projek terbabit.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak itu menyatakan sokongannya terhadap sebarang penyiasatan ke atas ketirisan dalam projek itu, malah menegaskan bahawa pesalah yang terbukti perlu dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Kelewatan projek itu, tegas pihaknya, menjejaskan keupayaan tempur armada pasukan terbabit dan semangat pegawainya kerana LCS adalah kritikal kepada kedaulatan dan keselamatan negara. – The Vibes, 7 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar