Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemasangan Pagar Di Padang Merbok Antara Kaedah Penyelenggaraan - Datuk Bandar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 10:49AM

Mahadi Che Ngah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemasangan pagar besi di sekeliling Padang Merbok di sini merupakan  sebahagian daripada kaedah penyelenggaraan dan penjagaan padang di kawasan berkenaan bagi memastikan ia sentiasa dalam kondisi terbaik serta boleh digunakan secara optimum.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata penggunaan padang tanpa kawalan dan sistem teratur sebelum ini mengakibatkan kawasan hijau itu sering rosak, sekali gus menelan kos baik pulih dan naik taraf yang tinggi.

“Dengan pagar itu saya yakin penjagaan padang akan lebih sempurna dan terkawal, dan sesiapa saja boleh membuat booking (tempahan) untuk menggunakan padang.

“Orang nak masuk pun kita boleh uruskan dengan baik, ada giliran, kalau padang tu rosak kita tutup sekejap, baiki dan selenggara sebelum dibuka balik, saya rasa ia akan lebih terkawal dan terjamin,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Semalam (6 Ogos), media melaporkan dua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan mempersoal dan meminta penjelasan DBKL berkenaan tindakan mendirikan pagar berstruktur kekal setinggi sekitar lima kaki (1.5 meter) di sekeliling padang itu, dan menyifatkan perkara itu sebagai menghantar isyarat salah kepada warga kota.

Antara yang dipersoal termasuk pagar berkenaan dilihat menghalang warga kota menggunakan kemudahan awam untuk berekreasi selain menghalang daripada berkumpul sebelum berjalan ke bangunan parlimen bagi menghantar memorandum atau melalui protes.

Mengulas lanjut, Mahadi berkata orang ramai masih dibenarkan menggunakan padang itu dengan kebenaran secara berjadual dan pendekatan serupa juga pernah dilaksanakan di beberapa kawasan lain bagi tujuan sama.

Tambahnya padang berkenaan yang juga mengalami isu saliran, masih menjalani kerja-kerja naik taraf dan belum dibuka kepada orang ramai.

Terdahulu Mahadi merasmikan Majlis Penutup dan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau DBKL Home Cup 2022 di Stadium Kuala Lumpur.

Mahadi berkata kejohanan julung kali itu bertujuan menghidupkan aktiviti sukan di kawasan PA dan PR selain menjadi medium penduduk menonjolkan bakat bola sepak untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya program yang bermula 16 Julai lepas itu akan menjadi acara tahunan dan diharap dapat menarik minat golongan muda di kawasan berkenaan ke arah gaya hidup lebih positif. - Bernama

Sorotan

1

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

3

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

4

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

5

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

6

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PH Dijangka Terus Kuasai KKB - Ilham Centre

oleh Ravin Palanisamy

Semasa 1 hari yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Kembar Teruja Dapat Mengundi, Tak Sangka Calon PH Juga Ada Pasangan Kembar

oleh Diyana Nawwar