web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Diberi Hisap Vape, ‘Pecah Rekod Ah’…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 3:51PM

Tangkap layar video seorang pemuda sedang memberi seorang bayi menghisap vape. - Gambar dari Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemuda dipercayai teman lelaki kepada ibu seorang bayi perempuan yang diberi rokok elektronik atau vape mengundang kemarahan ramai.

Dalam rakaman video yang tular di Twitter sejak malam tadi, lelaki itu menghulurkan vape ke mulut bayi tersebut.

Meskipun kedengaran suara seorang wanita melarang perbuatan itu, lelaki berkenaan tidak mengendahkannya.

Malah lebih mengejutkan kedengaran suara seorang lagi wanita dalam video itu yang seakan-akan teruja melihat tindakan berkenaan.

“Pecah rekod ah, Abi, pecah rekod nanti you sedut,” katanya sambil ketawa kecil.

Video itu dimuat naik di Instagram Story sebelum dikongsi semula seorang individu di Twittter.

Sejak malam tadi, video itu mendapat lebih 300,000 tontonan netizen di platform media sosial berkenaan.

Rata-rata mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki dalam rakaman video itu.

“Nilah contoh terbaik ‘bad parenting’,” kata Kadir AJ.

“Please (Tolonglah). Bagilah someone more responsible to take care that child (bagilah seseorang yang lebih bertanggungjawab menjaga bayi itu). Parent bengap macam ni tiada penghujung,” kata WN.

“Child endangerment (membahayakan kanak-kanak) ni. Report please (Tolong lapor). That kid deserve better parents (bayi itu berhak mendapat ibu bapa lebih baik),” kata Izz.

“Do something before this bebalness of parents berjangkit kat anak,” kata Tag Jones.

Video itu turut mendapat perhatian pengasas MedTweetMy, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin yang menyifatkan perbuatan itu sebagai keterlaluan.

“Unacceptable (tidak boleh diterima). Saya akan bawa isu ini kepada pihak berkuasa berkaitan,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Sementara itu, individu yang berkongsi video itu di Twitter turut memaklumkan aduan mengenai perkara berkenaan sudah dibuat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Hasil dari info netizen berikan, saya telah laporkan ke JKM. Terima kasih semua. Harap perkara ini dipandang serius dan diambil tindakan pihak berkuasa,” kata Fanaizty. - Getaran, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad