web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Toreh Lengan Rakan Sehingga Perlu Pembedahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 11:24AM

Suspek (kiri) dipercayai menoreh tangan rakannya (kanan) akibat perselisihan faham dalam satu kejadian di Sentul semalam - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang individu dipercayai menoreh tangan kiri kenalan lelakinya dengan pisau akibat perselisihan faham ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan itu pada kira-kira jam 9.17 malam.

“Siasatan awal mendapati, ketika mangsa yang berusia 42 tahun berada di hadapan sebuah salun di Batu 5, Jalan Ipoh, dia berselisih faham dengan seorang lelaki yang dikenalinya berusia 36 tahun.

“Kejadian berlaku pada jam 4 petang semalam kerana suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan wang dibuat mangsa ke atas suspek,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika pertelingkahan di tempat kejadian, suspek bertindak menoreh tangan kiri mangsa dengan menggunakan pisau.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan luka sedalam tiga sentimeter dan perlu menjalani pembedahan.

“Bertindak atas siasatan, pada jam 11.50 malam tadi, polis menangkap suspek di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” ujarnya.

Eng Lai berkata, semakan rekod lampau suspek mendapati, lelaki terbabit mempunyai tiga kesalahan jenayah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan,” jelasnya. - Getaran, 6 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 48 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad