web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan Di Kota Kinabalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 10:20AM

Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian kira-kira 11.24 malam itu meragut nyawa seorang lelaki berusia 44 tahun iaitu pemandu kenderaan berkenaan.

"Dua lagi yang maut adalah anak lelaki pemandu terbabit dikenali Alkail, 16, serta anak perempuannya yang dikenali sebagai Sazfa berusia 11 tahun...bagaimanapun kita belum dapat mengenal pasti identiti pemandu berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai ahli keluarga mangsa mengalami cedera parah dan kini dirawat di hospital.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Angkasa Apartment, Rampayan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu melalui Jalan Lintas. 

"Apabila sampai di Jalan Lintas selepas melalui jalan berdekatan simpang Klinik Luyang, kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebuah tiang besar jejambat berdekatan. 

"Akibat perlanggaran tersebut, dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan, manakala pemandu dan anak lelakinya tersepit di dalam kenderaan. Ketiga-tiga anak beranak itu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pegawai perubatan," katanya.

Zaidi berkata hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan terbabas sendiri dan keadaan jalan ketika itu adalah licin akibat hujan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam