web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Penghantar P-hailing Dapat Perhatian PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 8:19PM

Ismail Sabri mengarahkan satu pelan jangka pendek dan panjang dikeluarkan bagi menjaga serta melindungi kebajikan, keselamatan dan kesihatan penghantar makanan di negara ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permasalahan dihadapi penghantar makanan (p-hailing) mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  

Difahamkan, Ismail Sabri telah mengarahkan satu pelan jangka pendek dan panjang dikeluarkan bagi menjaga serta melindungi kebajikan, keselamatan dan kesihatan golongan tersebut di negara ini.

Perkara tersebut dikongsikan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, persatuan itu turut memaklumkan bahawa Ismail Sabri mengarahkan Pegawai Pejabat Perdana Menteri (PMO), Khaizul Nizam Mohamad Zuldin untuk mengetuai pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong bersama PENGHANTAR, wakil rakan p-hailing lain dan wakil vendor.

Katanya, pertemuan berkenaan akan diadakan di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya pada jam 2.30 petang, Isnin depan.

"Sekretariat Hal Ehwal Pekerja Muda Pemuda UMNO, Fairuz Jamaluddin akan dilantik sebagai Koordinator Resolusi Tuntutan Hak Penghantar," katanya.

Terdahulu, difahamkan pihak persatuan telah mengadakan pertemuan bersama pegawai perdana menteri di ibu negara berhubung isu semasa penghantar p-hailing.

Sementara itu, Presiden PENGHANTAR, Zulhelmi Mansor dalam satu kenyataan berasingan berkata, beliau percaya kerajaan sudah pun mengetahui asas 'Lima Tuntutan Hak Penghantar' yang dibawa pihaknya sebelum ini bersama Sekretariat Hal Ehwal Pekerja Muda Pemuda UMNO.

Katanya, sudah tiba masanya untuk tindakan segera diambil agar penindasan dan manipulasi tersebut dapat menemui jalan penyelesaian.

"Pihak kami turut dimaklumkan bahawa perdana menteri juga mahu pelan jangka pendek dan panjang dibuat segera agar permasalahan ini dapat menemui jalan penyelesaian.

“Jadi jika sahabat ada sebarang cadangan yang tuntas, kami mengalu-alukannya, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, piket selama 24 jam oleh penghantar p-hailing hari ini adalah untuk menyatakan bantahan terhadap isu penurunan kadar bayaran upah perkhidmatan yang semakin menurun dan tidak menentu.

Jelasnya, perkara tersebut berlaku kerana beberapa faktor antaranya tiada pengawalan khusus iaitu satu polisi oleh kerajaan terhadap syarikat perkhidmatan itu.

"Beberapa memorandum juga telah kami serahkan kepada pihak berwajib antaranya dalam menyelesaikan isu ini (pengawalan khusus), harga lantai perlu ditetapkan segera oleh kerajaan bagi setiap penghantaran.

"Cadangan kami adalah bagi lima kilometer (km) pertama adalah sebanyak RM5 manakala penambahan setiap satu km adalah 80 sen ke RM1," katanya lagi. - Getaran, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Tukar 'Lane' Tu Bagilah 'Signal', Kesian Abang Ni Jatuh

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pekerja Lapangan Terbang Frankfurt Lancar Mogok Pada Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad