web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jika AirAsia Boleh Buat, Mengapa Tidak Platform Lain? - Rider Gig

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 4:52PM

Penghantar makanan Grab lancar mogok. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penunggang penghantaran atau ‘rider’ gig dari pelbagai platform menggesa majikan mereka mencontohi AirAsia dalam menawarkan kakitangan mereka pekerjaan sepenuh masa.

Seorang penunggang yang hanya mahu dikenali Firdaus berkata, langkah diambil AirAsia harus dipuji dan ia permulaan baik untuk memperjuangkan kebajikan mereka yang terlibat dalam industri itu.

“Jika mereka boleh melakukannya, mengapa platform lain tidak boleh melakukan perkara sama?,” soalnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Sidang media itu dianjurkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersempena dengan piket dinamakan ‘Food Delivery Blackout’ yang sedang dipromosikan dalam kalangan penghantar makanan di Lembah Klang, hari ini.

Firdaus berkata, langkah AirAsia menyediakan pendapatan terjamin sehingga RM3,000 sebulan, selain faedah seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan perlindungan perubatan amat dipuji.

Dalam kenyataan semalam, AirAsia mengumumkan pihaknya menjadi platform pertama di Asia yang menawarkan penunggang atau ‘rider’ gig pekerjaan sepenuh masa, sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah.

Penunggang penghantaran makanan dan bungkusannya juga akan menikmati cuti tahunan, faedah perjalanan, latihan eksklusif penunggang AirAsia serta perlindungan kemalangan peribadi percuma.

Dalam pada itu, Grab menafikan pihaknya mengurangkan tambang asas (base fares) bagi perkhidmatan penghantaran, sebaliknya menjelaskan kebimbangan dibangkitkan rakan kongsi penghantaran baru-baru ini adalah disebabkan gangguan (glitch) dalam sistem. 

Seorang lagi penunggang pada sidang media itu berkata, penjelasan diberikan Grab tidak boleh diterima memandangkan pihak syarikat terbabit turut mengulangi alasan sama sebelumnya.

Sementara itu, seorang lagi penunggang turut kecewa apabila mendedahkan ramai dalam kalangan mereka digantung daripada platform berikutan aduan pelanggan mengenai kelewatan penghantaran yang tidak dapat dielakkan.

“Kadang-kadang, hujan terlalu lebat untuk kami membuat penghantaran, ada kalanya kedai menyediakan makanan terlalu lambat. Apabila pelanggan mengadu, majikan akan menggantung (kami) tanpa mendengar pihak kami. Suara kami tidak didengari,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim menggesa kerajaan campur tangan dan menangani keluhan penunggang yang menurutnya, tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan 1955 walaupun menjalankan tugas mereka dalam konsep ‘master-servant’.

“Apa yang kami minta ialah perlindungan dan hak pekerjaan adil. Jika perlu, gubal undang-undang. Kini, penunggang tidak dilindungi, tetapi layanan (kepada) mereka melampaui batas.

“Dan jika tidak dikawal, ini akan menjadi perhambaan zaman moden. Industri ini akan menjadi medan eksploitasi,” katanya.

Ujarnya, sebarang cadangan penggubalan undang-undang baharu juga harus membabitkan penglibatan dengan pihak berkepentingan berkaitan, termasuk penunggang. – The Vibes, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad