Berita Terkini

7 jam yang lalu: Lelaki maut, dua lagi cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat 7 jam yang lalu: Dhabitah, Ker Ying mara ke final 3m papan anjal 8 jam yang lalu: Polis nafi berlaku pergaduhan kaum di Sungai Petani 8 jam yang lalu: JBPM, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tubuh Pasukan Bomba Uniti di KRT 8 jam yang lalu: KPN, MAFI meterai nota kerjasama bagi Projek Kebuniti Keluarga Malaysia

IKUTI KAMI


Sistem Keselamatan Bank Cukup Utuh, 'Tak Perlu Simpan Duit Bawah Bantal'

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 9:22AM

Dari kiri Eqhwan Mokhzanee Muhammad, Vijayadurai Singgatore, Victor Sanjos dan pengacara Fiza Sabjahan. - Tangkap layar dari Facebook Amaran Scam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan dalam talian atau scammer yang mengambil kesempatan untuk ‘mengaut’ wang orang ramai adalah kes tertinggi dalam senarai jenayah komersial di negara ini iaitu dengan 64 peratus.

Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, kes jenayah terbabit terus mencatatkan peningkatan sejak 2016 sehinggalah Julai tahun ini.

“Pada tahun ini, setakat Julai ini, sebanyak 18,510 kes jenayah komersial dilaporkan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 11,367 atau 61 peratus merupakan kes jenayah siber,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi webinar: Duit dalam akaun bank anda lesap. Apakah puncanya? yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Amaran Scam, malam tadi.

Victor Sanjos
Victor Sanjos

Menurut Victor, terdapat enam kategori penipuan atas talian yang dikesan semakin aktif di negara ini sekali gus merunsingkan orang ramai.

Katanya, antara jenis penipuan itu ialah Macau Scam, jenayah e-dagang atau pembelian dalam talian, pinjaman tak wujud, penipuan pelaburan (tak wujud), Love Scam dan penipuan e-kewangan atau phishing.

“Kalau kita lihat, trend kes ini, Macau Scam paling tinggi, iaitu melibatkan kerugian sebanyak RM199.8 juta dengan 4,912 kes dilaporkan setakat ini.

“Kes kedua tertinggi pula adalah penipuan pembelian atas talian dengan 5,397 kes dilaporkan membabitkan kerugian sebanyak RM71.6 juta,” ujarnya.

Vijayadurai Singgatore
Vijayadurai Singgatore

Sementara itu, Pengurus Bank Negara (BNM) Vijayadurai Singgatore berkata, kebanyakan mangsa tertipu dengan membayar barang, pakej percutian atau pelancongan tidak wujud atas dasar kepercayaan tanpa membuat semakan.

“Persoalannya, bagaimana mangsa boleh terpedaya? Phishing adalah antara kaedah umum kerap digunakan sindiket untuk memperdaya mangsa.

“Dalam sektor perbankan internet, scammer berusaha memancing data sulit seperti maklumat masuk sistem kewangan dan maklumat sensitif lain untuk digunakan dalam melakukan penipuan atau akses akaun pengguna,” katanya.

Gambar dari Facebook Amaran Scam
Gambar dari Facebook Amaran Scam

Jelasnya, iklan dan perkhidmatan yang ditawarkan di platform media sosial terutamanya Facebook untuk menempah perkhidmatan mahupun pembelian dengan pantas memperdaya mangsa memuatnaik aplikasi penipuan atau ‘Apps Scam’.

“Kebiasaannya ada satu iklan menarik mangsa untuk memuat turun aplikasi penipuan ini. Misalnya iklan perkhidmatan cuci rumah sekarang zaman pandemik, semua orang nak shopping online.

“Jadi sebarang aplikasi yang dimuat turun secara tidak rasmi selain dari ‘Playstore’ atau ‘Appstore’ adalah Apps Scam yang digunakan untuk memperdaya mangsa tanpa disedari mereka,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan sebarang laman sesawang yang dilawati harus ada HTTPS.

“Untuk keselamatan tambahan membeli-belah dalam talian, anda digalakkan memasang Google Chrome, dengan HTTPS diwajibkan.

“Ini dapat memastikan anda hanya mengunjungi laman web selamat, kalau laman tersebut tiada HTTPS, hanya ada HTTP shaja, maka itu bukan laman yang sah,” katanya.

Eqhwan Mokhzanee Muhammad
Eqhwan Mokhzanee Muhammad

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Islamic, Eqhwan Mokhzanee Muhammad berkata, mangsa sindiket penipuan harus membuat laporan kepada bank terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

“Pihak bank akan membekukan akaun bank pemilik selepas menerima laporan daripada mangsa supaya sebarang transaksi selanjutnya oleh scammer mampu dipatahkan.

“Bagaimanapun, selepas melaporkan kepada pihak bank, mangsa juga perlu membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran untuk tujuan siasatan," katanya.

Tambahnya, untuk tujuan keselamatan, mangsa juga harus menyekat semua akses perbankan atas talian, kad mesin juruwang automatik (ATM) dan kad kredit miliknya.

“Scammer ini lagi bijak daripada kita. Mereka lebih celik teknologi maklumat (IT) dan dengan zaman teknologi yang kian kembang pesat ini, mereka lebih ‘smart’ melakukan scam ini,” katanya.

Jelas beliau yang juga Ahli Majlis Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, pihak bank sentiasa meningkatkan lagi keselamatan untuk menangani sindiket penipuan ini.

“Pihak bank, sentiasa meningkatkan lagi taraf keselamatan, dan memberi keyakinan kepada pengguna bahawa sistem bank ini selamat.

“Malah kita sentiasa memberi amaran bersama pihak berkuasa dan juga kesedaran kepada orang ramai. Ini satu tanggungjawab bersama supaya mangsa sentiasa waspada,” katanya.

Justeru, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa sistem keselamatan bank cukup utuh.

“Orang ramai tidak perlu bimbang dan menyimpan duit mereka di bawah bantal, jangan… kita tidak sampai tahap itu lagi,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2022

Sorotan

1

Elak Sorok, Catut Minyak Masak - Annuar Musa

2

Saya Akan Dedah LCS Tak Ubah Seperti 1MDB, ‘Masaklah Najib’… - Rafizi

3

Mengaku Potong Usus Untuk Kurus, Aishah Sudah Boleh Pakai Baju Lama Zaman The Fan Club

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

MIC Gantung Ahli Parti Tular Kelar Tangan Individu

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Piket: Penunggang Beri Komen ‘Mencuit Hati’ Di Media Sosial

oleh Hakim Mahari

Semasa 1 hari yang lalu

2 Tahun Menyulam Cinta, Nurul Izzah - Shao Loong Diijab Kabul

oleh Wartawan The Vibes

Sukan 1 hari yang lalu

'Doa Emak Saya Makbul' - Syafiq