web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piket Rider Makanan Esok, PENGHANTAR Tidak Dijemput

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 8:07PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) tidak dijemput menyertai piket dinamakan ‘Food Delivery Blackout’ yang akan dianjur kumpulan penghantar makanan di ibu negara, esok.

Bagaimanapun Timbalan Presidennya, Abdul Hakim Abdul Rani berkata, pihaknya secara dasar menyokong tuntutan kumpulan itu bagi memastikan kebajikan penghantar makanan terjamin.

Malah beliau turut berharap tuntutan itu tidak dibawa sekadar untuk lonjakan politik (political mileage).

“Perkara ini (tuntutan) bagi saya siapa hendak bawa, bawalah sebab ini isu rakyat. Kalau ada pihak lain hendak menubuhkan persatuan juga terpulang, kita demokrasi dan tiada masalah.

“Tetapi, apa jua tuntutan yang dibawa esok dan apa jua isu dan permasalahan, kita hendak nyatakan bahawa PENGHANTAR sudah pun membuat perbincangan dengan kementerian, agensi kerajaan dan parti politik contohnya Pemuda UMNO dan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG).

“Kalau PKR itu sendiri, kita telah adakan perbincangan bersama dengan kerajaan Selangor pada tahun lepas,” katanya kepada Getaran.

Difahamkan piket dinamakan ‘Food Delivery Blackout’ itu diadakan bertujuan untuk memberi mesej jelas kepada syarikat e-hailing dan kerajaan berhubung beberapa tuntutan golongan berkenaan.

Satu daripada tuntutan terbabit adalah berkaitan kadar pembayaran penghantaran ketika ini yang didakwa semakin rendah, berbanding sebelumnya.

Satu sidang media berhubung penganjuran piket tersebut juga akan diadakan pada jam 11 pagi esok oleh beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) termasuk Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, Abdul Hakim memberitahu, pihaknya telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan kerajaan Selangor pimpinan PKR sebelum ini berhubung permasalahan dan aduan golongan tersebut.

Jelas beliau, pada sesi tersebut, pihaknya telah memberi cadangan merangkumi pelaksanaan kawalan harga lantai dan isu kebajikan berkaitan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Dua kali kita telah bawa (isu), iaitu pertama, kita jumpa Exco Generasi Muda Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan kedua di bawah libat urus Rodziah Ismail (Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan),” katanya. - Getaran, 4 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Lain Diminta, Lain Kami Dapat - PENGHANTAR

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Piket: Penunggang Beri Komen ‘Mencuit Hati’ Di Media Sosial

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu Penghantar P-hailing Dapat Perhatian PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jika AirAsia Boleh Buat, Mengapa Tidak Platform Lain? - Rider Gig

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad