web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kajian HWCITF Selesai, Laporan Akhir Dikemuka Kepada Khairy Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 5:18PM

HWCITF ditubuhkan pada 13 Mei lalu bagi menganalisis maklumat dan hasil siasatan insiden kematian seorang PPS di Hospital Pulau Pinang. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) selesai melaksanakan kajian menyeluruh secara kuantitatif dan kualitatif berhubung budaya kerja perkhidmatan kesihatan di Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengerusi HWCITF, Profesor Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, pihaknya akan mengesyorkan cadangan penambahbaikan berdasarkan hasil penemuan dan analisis dijalankan, termasuklah laporan siasatan insiden kematian Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang.

“Pembentangan awal HWCITF kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin diadakan pada 24 Jun lalu, manakala kepada Ketua Setiausaha KKM pada 13 Julai lalu.

“Seterusnya, pembentangan Laporan Akhir HWCITF kepada Khairy diadakan pada 15 Julai lalu dan Ketua Pengarah Kesihatan pada 29 Julai lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Siti Hamisah Tapsir
Dr Siti Hamisah Tapsir

Jelas beliau HWCITF kini dalam proses pemurnian Laporan Akhir yang akan dikemukakan kepada Khairy dan Pengurusan Tertinggi KKM pada minggu kedua bulan ini (minggu depan).

Katanya, diharapkan agar laporan itu dapat menjadi satu rujukan dan panduan kepada KKM untuk membentuk budaya kerja terbaik bagi menawarkan perkhidmatan kesihatan cemerlang demi Keluarga Malaysia.

Terdahulu, Siti Hamisah memberi jaminan proses laporan dan syor siasatan kes kematian pegawai pelatih perubatan serta dakwaan budaya buli akan mengambil kira segala aspek dan pandangan pelbagai pihak.

Menurut beliau, pihaknya mengambil maklum pandangan umum berhubung keahlian pasukan petugas khas bebas ini.

“Perkara ini akan dilaksanakan dengan menekankan kepentingan prinsip keterangkuman dan saksama (inclusive and equitable) dalam sektor kesihatan.

“Terutamanya aspek budaya kerja serta pengurusan sumber manusia kakitangan kesihatan untuk memastikan penyampaian mutu perkhidmatan berkualiti, selamat dan profesional,” katanya.

Pada Mei lalu, HWCITF turut melaksanakan kaji selidik dan sesi libat urus dengan pihak tertentu bagi mendapatkan input berhubung budaya kerja di setiap organisasi di bawah KKM.

Kaji selidik dilancar pada 27 Mei lalu, menerima penyertaan 49,000 anggota perkhidmatan kesihatan KKM.

HWCITF ditubuhkan pada 13 Mei lalu bagi menganalisis maklumat dan hasil siasatan insiden kematian seorang PPS di Hospital Pulau Pinang.

Penubuhan pasukan khas itu juga ekoran laporan dan aduan diterima berkaitan kejadian buli serta masalah tekanan mental dihadapi bukan sahaja oleh PPS, malahan kakitangan perkhidmatan kesihatan semasa melaksanakan tugas mereka. – Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad