web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Disyor Pinda POCA Untuk Dibahas Di Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 4:25PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) disyorkan meminda Akta Pencegahan Jenayah (POCA) untuk dibahas di Parlimen selepas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan, klausa yang terdapat dalam peruntukan akta tersebut yang mengecualikan kuasa hakim adalah tidak sah.

Mengesyorkan perkara itu, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, POCA perlu dipinda bagi memastikan polis dapat melaksanakan tugas dalam menyiasat kes membabitkan jenayah terancang, antaranya kongsi gelap dan judi.

“Perkara dalam Akta POCA perlu dipinda membabitkan Seksyen 4 (1) yang memberikan tempoh reman pertama selama 21 hari dan Seksyen 4 (2), iaitu membolehkan tempoh reman 38 hari untuk meneruskan siasatan.

“Saya rasa ini satu perkara kita patut teliti agar KDN boleh mengambil tindakan dengan menilai semula akta tersebut supaya dapat diberikan semula kepada polis untuk menjalankan tugas,” katanya pada Forum Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) di sini, hari ini.

Beliau adalah seorang daripada empat ahli panel forum itu yang turut membabitkan mantan Peguamcara Negara, Datuk Seri Abdul Razak Musa; mantan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Ishak Mohd Yusof serta Pakar Kriminologi dan Psikologi Kriminal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Rahim Kamaludin.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Musa berkata, hakikatnya tugas hakiki PDRM adalah menjaga keselamatan negara, bukan untuk menganiaya seseorang.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan anggota polis untuk tidak berputus asa dalam membanteras jenayah susulan perubahan dalam Akta POCA kerana terdapat undang-undang lain boleh diguna pakai,” katanya.

Pada April lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan klausa yang terdapat dalam peruntukan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang mengecualikan kuasa hakim daripada meneliti alasan penahanan seseorang tahanan, tidak sah.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan yang mempengerusikan panel tiga hakim dalam penghakiman majoriti berkata, Seksyen 15B POCA bukan sahaja menyekat sebarang bentuk semakan kehakiman, tetapi juga menetapkan bahawa mahkamah tidak boleh menjalankan bidang kuasanya terhadap keputusan dibuat lembaga POCA.

Penghakiman itu berhubung rayuan seorang lelaki, T Dhinesh yang ditahan kerana didakwa terbabit dalam aktiviti jenayah di mana pada 1 Oktober lalu, menyaksikan panel membenarkan rayuan perayu dan memerintahkan dia dibebaskan daripada tahanan pencegahan selama dua tahun di pusat pemulihan Bentong.

Abd Jalil Hassan - Gambar fail
Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Sementara itu, Abd Jalil berkata, pihaknya mengambil cadangan dan pandangan daripada forum tersebut untuk tindakan selanjutnya oleh KDN serta Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memastikan undang-undang tersebut mengembalikan kuasa kepada polis.

“Untuk peringkat awal, PDRM akan bekerjasama dengan penasihat undang-undang KDN untuk membawa usul pindaan itu ke pejabat Peguam Negara sebelum dibahaskan di Parlimen.

“Kita akan memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dan hak asasi manusia diutamakan. Kita yakin dengan kerjasama dan pandangan ini serta ia dapat dikuatkuasakan semula,” katanya. - Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi