web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


POCA Sangat Berkesan Tangani Sindiket Terancang Walau Peranan Suspek 'Sekecil Mana'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 4:06PM

Pakar-pakar perundangan berpendapat POCA amat diperlukan sebagai tanda amaran kepada penjenayah dan bakal pelaku jenayah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Peguamcara Negara, Datuk Seri Abdul Razak Musa berpendapat bahawa Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 sangat berkesan dalam menangani sindiket terancang di negara ini.

Menurut beliau, keberkesanan akta itu dapat dilihat apabila walaupun subjek berperanan kecil dalam sesuatu aktiviti jenayah, ia boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Jika kita lihat kesan POCA, sangat berkesan, walaupun peranan subjek (suspek) itu sedikit saja seperti memantau kawasan sebelum melakukan jenayah, boleh dikenakan tindakan.

“Jadi dia (suspek) punya peranan pantau kawasan dan dia juga dapt habuan, tapi dia tak dapat dicam mangsa, ini menjadikan akta ini penting berdasarkan keterangan ahli kumpulan,” katanya pada Forum Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) di sini, hari ini.

Beliau adalah seorang daripada empat ahli panel forum itu yang turut terdiri daripada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; mantan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Ishak Mohd Yusof serta Pakar Kriminologi dan Psikologi Kriminal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Rahim Kamaludin.

Abdul Razak Musa - Gambar Bernama
Abdul Razak Musa - Gambar Bernama

Abdul Razak berkata, penggunaan akta POCA dapat menjamin bukti untuk digunakan di mahkamah memandangkan suspek ditahan pihak berkuasa.

“Kadang-kadang saksi pun takut hendak ke mahkamah secara terbuka, atas pelbagai faktor termasuk ancaman, jadi kita guna pakai POCA untuk secure evidence (jamin bukti) dan mereka tidak dilepaskan begitu saja.

“Setiap negara ada undang-undang pencegahannya tapi disebabkan melibatkan soal hak asasi (manusia) jadi ia tak dibincangkan secara terbuka,” katanya.

Berpengalaman selama empat tahun sebagai Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah, Abdul Razak berkata, POCA amat diperlukan sebagai tanda amaran kepada penjenayah dan bakal pelaku jenayah.

Musa Hassan - Gambar fail
Musa Hassan - Gambar fail

Sementara itu, Musa berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dibekalkan dengan kuasa secukupnya untuk menjaga keselamatan dan keamanan di negara ini.

Bagaimanapun, tegasnya, PDRM sendiri perlu mendapatkan kepercayaan daripada orang ramai supaya dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Justeru, saya berharap, PDRM jaga kuasa yang ada untuk meningkatkan kepercayaan rakyat supaya tugas dapat dilaksanakan lebih baik dan berkesan,” katanya.

Pada April lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan klausa yang terdapat dalam peruntukan POCA yang mengecualikan kuasa hakim daripada meneliti alasan penahanan seseorang tahanan adalah tidak sah.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan yang mempengerusikan panel tiga hakim dalam penghakiman majoriti berkata, Seksyen 15B POCA bukan sahaja menyekat sebarang bentuk semakan kehakiman, tetapi juga menetapkan mahkamah tidak boleh menjalankan bidang kuasanya terhadap keputusan dibuat lembaga POCA.

Penghakiman itu adalah berhubung rayuan seorang lelaki, T Dhinesh, yang ditahan kerana didakwa terbabit dalam aktiviti jenayah di mana pada 1 Oktober lalu, panel membenarkan rayuan perayu dan memerintahkan dia dibebaskan daripada tahanan pencegahan selama dua tahun di pusat pemulihan Bentong. - Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan