web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Pastikan Barangan Bersubsidi Dinikmati Golongan Sasar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 12:48PM

Kerajaan telah mengadakan risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit bagi memastikan barangan bersubsidi hanya dinikmati golongan sasar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah menjalankan pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat rantaian pengedaran minyak masak melalui aktiviti semakan rancangan pra penghantaran (pre-delivery plan), sebagai antara usaha memastikan barangan bersubsidi hanya dinikmati golongan sasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian juga menjalankan pemeriksaan pematuhan permit ke atas peniaga kecil dan pengusaha restoran.

Katanya, pihak kementerian itu turut membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng minyak masak bersubsidi, termasuk risikan ke negara jiran.

“(Kementerian juga) menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak tiga peket dan mempertingkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan di sempadan, seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“(Kementerian turut) mengadakan publisiti meluas melalui media arus perdana dan media sosial bagi mempertingkatkan kesedaran serta mewujudkan kegerunan dalam kalangan peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kapar) yang meminta kementerian menyatakan komitmen berhubung tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap barangan bersubsidi hanya boleh dinikmati golongan sasar dan warganegara.

Alexander menegaskan, kerajaan serius dan komited dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap barangan subsidi.

“Ini kerana adalah menjadi kesalahan barangan subsidi dinikmati pihak tidak sepatutnya,” kata beliau. - Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad