web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imigresen Diarah Siasat Dakwaan Pegawainya Ditengking Di KLIA - Hamzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 7:15AM

Hamzah Zainudin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen telah diarah menyiasat dakwaan pegawainya ditengking dan diherdik oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau telah memanggil Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan memintanya menjalankan siasatan berhubung perkara itu supaya mendapat maklumat lebih jelas tentang kejadian yang sebenar.

“Walaupun benda telah tular tapi kita kena dapatkan berita yang jelas, saya tidak mahu ia dijadikan sesuatu yang mungkin boleh merosakkan imej sesiapa.

“Punca saya tidak tahu, tapi berita (insiden pegawai imigresen ditengking) telah sampai pada saya. Oleh itu, saya minta dia siasat dengan lebih mendalam supaya dapat berita lebih jelas apa yang berlaku,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri malam ini.

Beliau meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

“Kita tidak boleh lari daripada isu macam ini kerana video semua telah ada. Kalau betul ia berlaku, saya akan jelaskan nanti,” katanya. 

Terdahulu, dalam insiden pada 8.40 hingga 9.40 pagi tadi, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pegawai tinggi kerajaan itu di bilik berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad