web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksport Tak Jejas Bekalan Tempatan, Sumber Kata Semua Ok!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 7:00AM

Bekalan ayam dilaporkan bukan sahaja mencukupi tetapi berlebihan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah mengeksport ayam ke luar negara tidak akan menjejaskan bekalan bahan mentah itu di pasaran tempatan.

Sumber industri berkata, ini kerana bekalan ayam dilaporkan bukan sahaja mencukupi tetapi berlebihan.

Justeru jelas beliau, sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk membenarkan pengeksportan bekalan ayam ke luar negara.

"Ada (penternak) semata-mata (menjual) ke pasaran Singapura bukan untuk pasaran tempatan. Kalau kita tidak membenarkan (eksport), mereka terpaksa membuat keputusan jangka masa panjang sama ada meneruskan perniagaan atau berhenti buat sementara waktu.

"Mereka juga susah sebab sudah melaburkan begitu banyak wang untuk membuat kaedah seperti ini. Sekarang apa yang penting adalah bekalan ayam di Malaysia sudah mencukupi," katanya kepada Getaran.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dilaporkan sebagai berkata, bekalan ayam ketika ini berada pada kapasiti 106 peratus daripada keperluan negara.

Ini susulan beberapa langkah proaktif kerajaan sejak beberapa bulan lepas, dilihat berjaya menstabilkan semula bekalan ayam di negara ini.

Ronald berkata, kapasiti itu membolehkan negara kembali mengeksport ayam ke luar negara.

Mengulas lanjut, sumber berkenaan memberitahu, penternak akan mendapat manfaat sekiranya larangan eksport ayam ditarik balik kerana pasaran tersebut lebih mahal berbanding pasaran tempatan.

Tambahnya, penternak ayam untuk pasaran eksport juga menggunakan kaedah menternak  berbeza, termasuklah memberikan haiwan itu makan enzim dari jenama tertentu.

"Ada juga ayam organik yang rakyat Singapura selalu beli, itu adalah wang tambahan kepada ladang eksport terlibat.

"Tetapi sekarang ini, ia tidak boleh dieksport dan terpaksa dijual di pasaran tempatan (jadi) ladang itu akan mengalami kerugian," katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat juga ayam yang diberikan herba Cina tertentu dan kemudiannya dijual dengan harga lebih mahal.

"Di sini kita tidak nampak ayam jenis ini, cuma pasarannya ada seperti di Singapura. Rakyat Singapura berduit dan sanggup membayar dua kali ganda daripada harga di sini. Itu rezeki merekalah.

"Tetapi kalau ayam itu terpaksa dijual ke pasaran tempatan, maka habislah," katanya.

Sementara itu, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, bekalan ayam sememangnya berada pada kapasiti mencukupi ketika ini.

"Sebagai penternak kita sokong, dan akur apa yang diperkatakan oleh menteri, itu betul," katanya.

Namun begitu, katanya, pasaran di Singapura dan Malaysia adalah dua pasaran berbeza serta tidak saling berkait.

"Kecuali kalau tidak dapat dieksport, bekalan ayam terbabit akan berbalik kepada kita, jadi kita akan susahlah," katanya. - Getaran, 3 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad