web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Kilat: Warga JB Sifatkan Kejadian Terburuk Dalam Tempoh 10 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 9:20PM

Beberapa pemilik kenderaan di Jalan Ayer Molek menolak kenderaan mereka yang dinaiki air berikutan banjir kilat beberapa jam di bandaraya Johor Bahru. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Hujan lebat berterusan yang menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di bandar raya ini tengah hari tadi, disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun.

Rakaman video oleh orang awam yang dikongsikan di Facebook turut memaparkan beberapa jalan utama dinaiki air antaranya Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Kolam Air dan Jalan Yahya Awal.

Malah kawasan letak kenderaan di bandar raya ini turut digenangi air banjir antaranya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), parkir awam di Jalan Ayer Molek dan Kampung Baru Mohd Amin.

Tinjauan Bernama bagaimanapun mendapati air surut sepenuhnya pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi dan rata-rata pemilik bertindak memeriksa keadaan kerosakan pada kereta mereka dan ada dalam kalangan mereka yang terpaksa menggunakan khidmat tunda kenderaan.

Pekerja swasta Aliyas Said, 46, yang meletakkan keretanya di kawasan parkir awam di Jalan Ayer Molek berkata banjir kilat kali ini adalah paling teruk dalam tempoh 10 tahun, kerana air naik sehingga ke paras bonet kereta.

“Kejadian (banjir kilat) berlaku tengah hari tadi, masa itu hujan turun lebat sangat dan tengok kereta pun sudah tenggelam.

“Paras air melepasi tayar (sehingga kereta dimasuki air), saya kerja di bangunan berdekatan. Jadi, tunggu hujan reda sedikit dan panggil kawan-kawan untuk tolak kereta,” katanya.

Bagi S Durghs, 28, pula, beliau terkejut apabila mengetahui keretanya yang diletakkan di kawasan parkir awam itu dinaiki air, turut terkesan.

“Sejak pagi saya sudah letakkan kereta di sini, (ketika kejadian) saya berada di luar dan dapat mesej tempat parkir banjir hingga paras pinggang, ini kali pertama kereta kena air banjir... sebelum ini ada hujan tapi tidak teruk macam ini,” katanya pekerja swasta itu.

Sementara itu, Nour Hashidah Fahruddin, 37, yang pertama kali mengalami kereta dimasuki air mengharapkan agar pihak berwajib dapat mengatasi masalah banjir kilat di bandar raya itu.

“Sebenarnya, sudah banyak kali air naik di kawasan ini, tapi kali ini air naik mendadak.

“Sebelum ini, air naik ke paras tayar dan tidak masuk dalam kereta, (tetapi) kali ini masuk ... sudah 10 tahun saya bekerja di kawasan ini dan ini kali pertama air masuk dalam kereta,” kata pekerja swasta itu.

Hujan lebat selama dua jam sejak 12.30 tengah hari tadi, menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya ini dinaiki air dan lebih 500 kenderaan turut terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar