web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Johor Ambil Langkah Segera Atasi Banjir Kilat Di Johor Bahru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 7:39PM

Onn Hafiz Ghazi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan mengambil langkah segera dan sesuai bagi mengatasi kejadian banjir kilat di bandar raya ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurutnya kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di bandar raya ini sejak tengah hari tadi, adalah disebabkan purata taburan hujan yang tinggi iaitu mencecah ke paras 100 milimeter (mm) berbanding kebiasaan iaitu sekitar 20 mm.

Beliau yang turun padang bagi meninjau kawasan terjejas banjir antaranya di Jalan Ayer Molek dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berkata banjir kilat itu antaranya diburukkan lagi dengan kejadian air pasang.

“Banjir disebabkan oleh air hujan meningkat secara mendadak, saya dimaklumkan bahawa dalam tempoh satu jam (hujan) turun dalam 10 hingga 20 mm, tetapi (kali ini) naik dalam 100mm.

“Itu tahap bahaya (menyebabkan) banjir kilat berlaku dalam masa satu jam … bukan sahaja di kawasan bandar raya Johor Bahru tetapi juga HSA, ditambah lagi dengan air pasang, jadi hujan turun lebat dan air tidak dapat keluar,” katanya pada sidang media selepas meninjau kawasan terjejas banjir kilat di Jalan Ayer Molek, di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata susulan itu beliau telah meminta pihak berkuasa tempatan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh untuk mengambil tindakan segera dalam menangani masalah itu.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga diarah untuk melakukan kerja-kerja pengepaman bagi menyalurkan air keluar dari kawasan terjejas.

“JPS juga akan menambah baik lagi sistem pengepaman ini untuk menampung kapasiti air yang lebih tinggi,” katanya.

Hujan lebat selama dua jam sejak 12.30 tengah hari tadi, telah menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya ini dinaiki air antaranya Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Kolam Air dan Jalan Yahya Awal.

Lebih 500 kenderaan terjejas antaranya yang diletakkan di kawasan parkir kenderaan awam, HSA, serta Kampung Baru Mohd Amin.

Namun, sehingga kini tiada Pusat Pemindahan Sementara dibuka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 3 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar