web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keadaan Ainul Mardhiah Semakin Baik, ‘Tolong Jangan Percaya Scammer!’ - Ibu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 5:24PM

Nurul Erwani mengesan kegiatan mengutip derma yang aktif di media sosial menggunakan gambar anak sulungnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta supaya jangan terpedaya dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi gambar kanak-kanak bekas penghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, untuk mengutip derma.

Ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya memaklumkan, keluarganya mengesan kegiatan mengutip derma yang aktif di media sosial, menggunakan gambar anak sulungnya itu semasa dia dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) akibat jangkitan kuman.

“Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolonglah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang. Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja.

“Kalau jumpa mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul, tolong jangan percaya ya. Minta semua alert dengan perkara ini. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut,” tegasnya.

Kenyataan senada juga dikongsi bapa kanak-kanak tersebut, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak yang turut meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan terbabit.

“Hati-hati dengan scammer yang guna nama anak saya untuk kutipan derma. Kami cuma minta doa, kami tak perlukan duit.

“Semoga Allah SWT cukupkan rezeki kita semua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Nurul Erwani memberitahu, keadaan kesihatan Ainul Mardhiah semakin baik.

“Jangan risau semua. Ainul tengah stabil. Teruskan doa untuk Ainul ya. Pagi ini, Ainul dah start minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu.

“Mama yakin keadaan Ainul semakin baik. Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run sebab Ainul tengah on ventilator,” katanya.

Begitu pun ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, Ainul Mardhiah masih lagi ditidurkan.

“Ainul tak boleh sedar lagi sebab (doktor) tak nak bagi Ainul penat bila tengah on ventilator.

“Mama Ainul update tulisan je ya. Tak dapat nak update gambar Ainul. Sorry semua. Kena faham ya,” katanya.

Semalam, Nurul Erwani memaklumkan anaknya itu dalam keadaan kritikal dan tenat serta sedang dirawat di PICU akibat jangkitan kuman.

Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital.

“Ainul mula dengan muntah dan cirit-birit dalam masa sehari. Hari kedua tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke bahagian kecemasan.

“Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection (jangkitan) dah ada dekat semua tempat,” katanya.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019. - Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar