Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


426 Tokan Tumpas Dalam Op Tapis Khas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 5:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 426 orang ‘tokan’ tumpas selepas ditahan dalam Operasi Tapis Khas (Op Tapis Khas) Siri 5 di seluruh negara bermula 27 hingga 29 Julai lalu.

Dalam operasi selama tiga hari itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut merampas pelbagai jenis dadah dan menyita harta dengan kesemuanya dianggarkan bernilai RM1.1 juta.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, seramai 9,684 individu diperiksa sepanjang operasi, dengan 4,243 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

“Antara yang ditahan ialah 426 individu yang dikategorikan sebagai ‘tokan’ dadah. Jumlah tersebut termasuk 30 warga asing dan dua penjawat awam.

“Selain itu, kita menahan 2,077 penagih dadah termasuk 60 warga asing, 14 penjawat awam, sembilan pelajar sekolah serta 196 individu lain yang berada dalam senarai orang dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah.

“Kita turut menahan 1,544 individu termasuk 21 warga asing dan lapan penjawat awam berkait lain-lain kesalahan. Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 14 hingga 70 tahun,” katanya hari ini.

Op Tapis Khas siri 5 dijalankan secara bersepadu, melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman serta JSJN di semua kontinjen negeri dengan bantuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR).

Jelas beliau, 87 individu yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952), 46 tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) ADB 1952 dan 288 tangkapan lagi disiasat mengikut Seksyen 39A(1) akta sama.

“Selain itu, 899 tangkapan disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952, 239 tangkapan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan 2,077 tangkapan lagi disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Mengulas lanjut Noorsiah berkata, PDRM juga berjaya merampas 99.03 kilogram (kg) serta 508 liter cecair pelbagai dadah yang dianggarkan bernilai RM607,878 serta empat senjata api iaitu tiga senapang angin, satu pistol serta 30 butir peluru dalam operasi sama.

Katanya, rampasan terdiri heroin (2.8kg), syabu (2.9kg), ketamin (2.1kg), ganja (5.7kg), pil erimin 5 (40 gram), pil yaba (1.1kg), pil ekstasi (20 gram), serbuk ekstasi (60 gram), daun ketum (83.9kg), pil psikotropik (250 gram), air ketum (492.6 liter), kodein (15.3 liter) dan 34 pokok ganja.

“Polis mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM811,608.

“Antaranya, wang tunai berjumlah RM13,228, kenderaan bernilai RM789,730, jam tangan (RM4,000), barang kemas (RM450), gitar elektrik (RM2,400) dan set dram (RM1,800),” katanya.

Noorsiah berkata, sejak Op Tapis Khas dijalankan bermula Januari hingga Julai lalu, 20,561 individu telah ditahan atas kesalahan berkaitan bahan terlarang itu manakala 2 tan dadah dan 2,530 liter cecair dadah dianggarkan bernilai RM15 juta turut dirampas.

Dalam pada itu, beliau turut memohon kerjasama masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka menerusi Hotline JSJN di talian 012-2087222. - Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 15 jam yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

3 Pelajar Ditahan Selepas Rakam Aksi Samun

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 17 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC