web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pernah Terbabit Dalam Insiden Pesawat Sebelum Ini Tidak Patahkan Minat Arwah Fajim Juffa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 12:06PM

Fajim Juffa dilaporkan pernah tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah enjin pada 2004. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jurulatih penerbangan yang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi pernah terselamat dalam satu lagi insiden membabitkan pesawat sebelum ini.

Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dilaporkan tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah enjin namun berjaya dikawal semasa menjalani latihan pada 2004.

Menurut ibu saudara Allahyarham yang berusia lingkungan 50-an serta enggan dikenali, kejadian itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Fajim Juffa dalam bidang penerbangan.

"Arwah tidak pernah memberitahu dia takut atau mahu berhenti daripada bidang ini kerana memang mempunyai minat yang amat mendalam," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini malam ini.

Beliau berkata Arwah bapa Fajim Juffa turut mengalami nasib sama kerana terkorban dalam insiden membabitkan pesawat pada sekitar tahun 1989.

Tinjauan Bernama mendapati suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik itu terutama apabila isteri dan anak-anak perempuan Arwah tiba dari Selangor pada kira-kira 1.20 pagi.

Ibu saudara arwah juga berkata mereka tidak sanggup memberitahu kesemua anak perempuan dan isteri Fajim Juffa bahawa beliau telah terkorban sehinggalah mereka tiba di sini bagi mengelakkan perkara tidak diingini menimpa keluarga itu ketika dalam perjalanan.

"Saya rapat dengan arwah dan beliau merupakan seorang yang ceria serta selalu membawa keluarga datang ziarah ke rumah saya," katanya.

Dalam insiden pada kira-kira 8 malam itu, Fajim Juffa yang berasal dari Semenyih, Selangor terkorban manakala seorang lagi jurulatih penerbangan iaitu Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.

Mereka dilaporkan bertolak dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar