web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan Tengku Zafrul Mampu Hapus Stigma ‘Warlord’, Tarik Pengundi Selangor?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 8:00PM

Strategi menamakan golongan profesional seperti Tengku Zafrul adalah tindakan efektif dalam menarik semula sokongan pengundi di Selangor. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, mampu mengikis stigma ‘warlord’ (kelompok tokoh tempatan) dalam UMNO, sekali gus memberi gambaran gabungan tersebut bersedia meletakkan calon profesional.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berpendapat, strategi menamakan golongan profesional seperti Tengku Zafrul adalah tindakan sangat efektif dalam menarik semula sokongan pengundi, terutama di Selangor.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Menurutnya, jika BN mencalonkan Tengku Zafrul pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, ia bakal memberi bayangan sama seperti kewibawaan mantan Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga daripada golongan teknokrat.

“UMNO dan BN perlu mengikis stigma parti dikuasai oleh ‘warlord’, terutamanya bagi pengundi di Selangor dan saya melihat strategi meletakkan Tengku Zafrul mampu menarik semula sokongan pengundi di negeri ini.

“Saya juga melihat strategi BN mengumumkan Tengku Zafrul sebagai Bendahari mereka adalah isyarat baik dan lebih efektif berbanding ‘dalil’ bahawa Tan Sri Noh Omar (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri) dapat membantu merampas semula Selangor,” katanya kepada Getaran.

Semalam, BN mengumumkan pelantikan Tengku Zafrul sebagai Bendahari gabungan itu di Selangor.

Pelantikan itu dilaporkan bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus yang dipilih sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.

Selain itu, Azmi berkata, UMNO dan BN di Selangor perlu meyakinkan pengundi bahawa parti berkenaan sudah berubah dengan mencalonkan nama baharu pada PRU depan.

“Jika mereka (UMNO/BN) mahukan perubahan, mereka perlu membawa perubahan drastik pada PRU depan dengan meletakkan calon daripada golongan profesional yang tidak terkait dalam apa-apa isu politik sebelum ini.

“Mereka tidak boleh takut dengan strategi tersebut kerana ia terbukti berkesan seperti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor lalu, menyaksikan hampir 70 peratus calon adalah muka baharu serta mereka diterima pengundi,” katanya.

Justeru, beliau berkata, UMNO dan BN di Selangor perlu mengambil iktibar akan kejayaan ‘bergaya’ mereka di Melaka serta Johor bagi merampas semula negeri berkenaan yang sudah lama dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, melontarkan pandangan berbeza, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, beliau tidak melihat pelantikan Tengku Zafrul di Selangor dapat membantu UMNO dan BN menawan semula negeri berkenaan.

Dr Mohammad Tawfik Yaakub
Dr Mohammad Tawfik Yaakub

Menurutnya, memenangi hati pengundi bukanlah ‘one man show’ yang boleh bergantung kepada seseorang tokoh semata-mata, sebaliknya memerlukan perubahan keseluruhan untuk memberi gambaran bahawa UMNO dan BN sudah berubah.

“Penting juga untuk mengetahui apa kata akar umbi terhadap pelantikan ‘calon bidan terjun’ itu (Tengku Zafrul) di jawatan tersebut.

“Beliau sebelum ini dicemuh pelbagai golongan masyarakat, termasuklah Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) kerana berdegil tidak mahu membantu rakyat dalam isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Jadi saya tak nampak hanya dengan meletakkan beliau seorang daripada golongan profesional dapat menawan semula Selangor daripada genggaman PH di PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata, UMNO serta BN sepatutnya sudah ada senarai nama yang terdiri daripada golongan profesional untuk diperkenalkan mereka sebagai calon dan memulakan usaha mendekati masyarakat supaya lebih dikenali.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, tindakan tersebut sukar untuk dilaksanakan memandangkan ‘warlord’ masih utuh dan sebati dalam akar umbi parti tersebut.

“Banyak perkara perlu difikirkan pimpinan UMNO sebelum mereka boleh mengetepikan ‘warlord’ daripada terus menjadi watak dalam PRU depan, antaranya risiko diboikot atau disabotaj ahli parti yang masih menyokong golongan tersebut.

“Malah prestasi PH di Selangor yang agak baik menyukarkan UMNO dan BN untuk menguasai negeri tersebut. Namun jika mereka boleh datang dengan formula lebih baik, mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengundi,” katanya. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan