web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah! Lelaki Laung Azan Dalam Tokong Pesakit Mental

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 3:02PM

Tangkap layar daripada video media sosial menunjukkan seorang lelaki melaungkan azan dalam sebuah tokong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikesan melaungkan azan di depan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa hari lalu disahkan sebagai pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, siasatan mendapati suspek ialah seorang warga tempatan berusia lewat 40-an yang menetap di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam.

Menurut beliau, insiden berkenaan dipercayai berlaku sekitar 26 hingga 27 Julai lalu di premis Pertubuhan Yulan Bukit Mertajam.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika sambutan perayaan Hantu Lapar yang diadakan pada Julai setiap tahun.

“Hasil keterangan saksi, suspek disahkan mempunyai masalah mental dan dikategorikan sebagai kurang siuman. Ini juga adalah kejadian kedua membabitkan lelaki yang sama,” katanya hari ini.

 

Seorang lelaki azan dalam sebuah tokong di hadapan patung yang dibina sempena Perayaan Hantu Lapar di Pertubuhan Perayaan Yu Lan B.M di Pulau Pinang.

Posted by Akademi Penyelidikan Agama Dunia on Saturday, July 30, 2022

Cheng San menyatakan demikian ketika diminta mengulas insiden berkenaan yang meraih perhatian ramai apabila video lelaki itu tular di media sosial.

Video berdurasi 58 saat tersebut memaparkan suspek sedang melaungkan azan di sebuah premis yang kemudian disahkan sebagai sebuah tokong di Bukit Mertajam.

Difahamkan, kejadian kali pertama berlaku sekitar 2017, malah masyarakat setempat juga mengenali suspek.

Susulan insiden, Cheng San menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti dan memecahbelahkan keamanan antara kaum serta agama di negara ini. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi