web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kaji Semula RUU Kawalan Tembakau, Larangan Hanya 'Jatuhkan' Ekonomi Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 7:36PM

Peniaga ketika ini berhadapan kesukaran untuk melaksanakan beberapa peruntukan undang-undang tertentu yang secara langsung turut meningkatkan kos pematuhan. - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) menggesa kerajaan agar meneliti semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dengan kadar segera sebelum ia diluluskan di Dewan Rakyat.

Jurucakap CMTM menegaskan, ini kerana RUU itu yang mengharamkan produk tembakau dan vape bagi mereka yang dilahirkan selepas 2007 akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara secara keseluruhan. 

Katanya, peniaga ketika ini berhadapan kesukaran untuk melaksanakan beberapa peruntukan undang-undang tertentu yang secara langsung turut meningkatkan kos pematuhan.

"Angka industri menunjukkan larangan secara terang-terangan mengakibatkan insiden perdagangan haram meningkat daripada 57.7 peratus pada Mei 2022 kepada 63.8 peratus seperti berlaku dua tahun lalu yang menyaksikan kehilangan hasil kerajaan daripada industri tembakau melebihi paras RM5 bilion.

"Dengan kos pematuhan lebih tinggi disebabkan RUU itu, syarikat dan peniaga akan berhadapan kesukaran untuk mengekalkan daya saing dalam keadaan ekonomi yang sukar ini.

“Sebahagiannya mungkin terpaksa menutup perniagaan mereka, menyebabkan beribu-ribu pekerja menganggur. Dalam situasi lain, peniaga mungkin terpaksa mengambil langkah pemotongan kos bagi memastikan kos keseluruhan dapat dikawal,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

CMTM merupakan gabungan bukan kerajaan (NGO)  yang mewakili tiga pengeluar rokok utama iaitu British American Tobacco (Malaysia) Bhd, JT International Berhad dan Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd. 

Pada masa sama, CMTM menegaskan sektor pelancongan negara turut akan terjejas disebabkan kuasa penguatkuasaan di bawah RUU tersebut terlalu luas, hingga mampu menjenayahkan individu termasuk pelancong serta pemilik perniagaan.

“Menggunakan undang-undang untuk mengharamkan sesuatu produk tidak semestinya menghilangkan atau membasmi kewujudannya.

“Secara kebiasaan, ia hanya akan mengakibatkannya terjerumus ke dalam pasaran gelap dan menjadi industri haram,” katanya.

Dalam pada itu, CMTM berkata, larangan menerusi RUU itu yang akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak produktif  jika dilaksanakan terhadap golongan dewasa.

Larangan sedemikian katanya, tidak akan menyebabkan sesuatu produk dilarang itu hilang dan sekatan umur tidak menjadikannya sukar diperolehi mereka di dalam lingkungan umur.

“Sebaliknya, ia hanya akan mengubah cara produk itu dibekalkan, siapa yang membekalkannya dan kadar harga yang kadangkala lebih rendah jika cukai dielakkan. 

"Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan peruntukan RUU ini bagi mengelak kesan tidak diingini berlaku,” katanya.

Berikutan isu rokok yang masih gagal ditangani, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan akta baharu bagi melarang kegiatan merokok dan pemilikan sebarang produk tembakau, termasuk vape.

Khairy berkata, cadangan membabitkan larangan terhadap rokok dan produk tembakau, termasuk vape ke atas generasi lahir selepas 2007 atau dikenali sebagai Generasi GEG akan dibentangkan di Parlimen.

Sekiranya diluluskan, beliau berharap dapat mengurangkan pendedahan generasi akan datang kepada rokok dan produk tembakau, memandangkan pengambilannya adalah faktor utama kanser dengan menyumbang kepada 22 peratus kematian.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow dilihat tidak bersetuju dengan gesaan tersebut dan menyifatkan kenyataan CMTM sebagai lemah dan mengarut. 

"Peruncit tidak akan melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dengan meminta pelanggan mengemukakan kad pengenalan mereka. 

"Ini kerana ia adalah cara yang sah untuk mengesahkan umur mereka, sama seperti cara seseorang ditanya semasa membeli alkohol, yang juga mempunyai had umur," katanya. - Getaran, 31 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan