web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Jual Tembakau, Rokok: Rayuan PRIMAS Tak Logik, GEG Harus Dikuatkuasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 4:08PM

Rayuan PRIMAS tidak boleh diterima kerana yang dilarang adalah penjualan produk tembakau dan rokok, bukannya makanan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) meminta kerajaan mengkaji semula keputusan untuk melarang penjualan tembakau dan rokok pada masa hadapan yang didakwa akan menjejaskan perniagaan makanan, disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Presiden Pertubuhan Green Lung Malaysia, Ho Rhu Yann berkata, rayuan itu tidak boleh diterima kerana yang dilarang adalah penjualan produk tembakau dan rokok, bukannya makanan.

Malah katanya, semua premis makanan, termasuk restoran dimiliki ahli PRIMAS sudah diwartakan sebagai tempat larangan merokok.

“Justeru, kami minta agar PRIMAS memahami apa sebenar langkah kerajaan untuk mewujudkan generasi penamat (GEG) dan meneliti kaedah peraturan itu akan dijalankan.

“Ia langsung tiada kena mengena dengan larangan penjualan kepada pelanggan sedia ada,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas beliau, menurut kajian Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat seramai lima juta perokok yang masih boleh menjadi pelanggan kepada semua ahli PRIMAS.

Dalam pada itu, Rhu Yann menegaskan, denda sehingga RM30,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika peruncit tidak mematuhi undang-undang, setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Menurut beliau, KKM sudah tentu melakukan perancangan rapi sebelum melaksanakannya, tambahan pula ia diuar-uarkan di media massa sejak enam bulan lalu.

“Oleh itu, siapakah yang sebenarnya keliru atau sengaja mengelirukan masyarakat berhubung kebaikan pelaksanaan akta ini?

“Kepada semua Ahli Parlimen, anda perlu memikirkan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan semua pengguna di negara ini,” katanya.

Tegasnya, akta itu mesti diluluskan dan pelaksanaan GEG bagi melarang aktiviti tertentu berkaitan merokok terhadap generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, haruslah dikuatkuasakan demi Keluarga Malaysia.

Terdahulu, Presiden PRIMAS, J Suresh berkata, langkah drastik dicadangkan KKM akan memberi kemudaratan, berbanding kebaikan kepada pengguna dan perniagaan sah sepertinya.

Menurut Suresh, pemilik restoran pada masa ini menghadapi kesusahan berikutan pandemik COVID-19, kenaikan harga barang dan kekurangan pekerja.

Katanya, kerajaan juga perlu membuktikan bahawa pelaksanaan dasar itu akan berjaya.

“Adakah kerajaan yakin bahawa kaedah tambahan ini dapat menghentikan orang ramai daripada merokok?

“Ataupun ia hanyalah satu lagi undang-undang yang tidak akan dikuatkuasakan dengan baik ataupun menambah kekeliruan kepada semua pihak,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

3

Kolum 2 tahun yang lalu

KKM Wajar Pertimbang 'Jalan Tengah' Dalam RUU Kawalan Rokok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu GEG: AGC Dakwa Konsisten Beri Pandangan Sejak 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar