web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Pemerasan Ahli Perniagaan Berkaitan Dadah, 9 Anggota Polis Ditangkap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 7:21AM

9 anggota polis berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, kira-kira jam 11 pagi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata kesemua anggota yang berpangkat konstabel hingga sub inspektor tersebut, ditahan kira-kira 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lepas.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib yang akan dilakukan," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Beliau berkata tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan juga akan dilakukan pihak Bukit Aman.

Katanya semakan awal juga mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar