web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program 'Road March' PDRM Berlangsung Meriah, Rai Sambutan Hari Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 8:24PM

Kira-kira 3,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Dataran Merdeka, di sini hari ini bagi menghadiri Program Road March sempena Hari Polis Ke-215 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 3,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Dataran Merdeka, di sini hari ini bagi menghadiri Program Road March sempena Hari Polis Ke-215.

Program julung kali itu melibatkan kerjasama strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Penerangan.

Ia turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, inisiatif tersebut memberi kelainan dalam kalendar sambutan Hari Polis tahun ini, yang merupakan antara usaha pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendekati masyarakat.

"Ia selari dengan tema 'polis dan masyarakat berpisah tiada'," katanya.

Pada program tersebut tambahnya, PDRM turut menawarkan pengurangan sehingga 50 peratus saman trafik bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun.

“Turut berlangsung adalah mini karnival dengan pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Jelas Noorsiah, ia mencakupi pameran helikopter dan aset PDRM, aksi terjun pasukan 69 Komando (VAT 69) serta perarakan unit berkuda, kenderaan dan aset PDRM.

"Program ini telah berlangsung dengan jayanya. Melalui program sebegini, PDRM berharap agar masyarakat kekal bersama membantu dalam mengekalkan ketenteraman dan keharmonian negara," tambahnya. - Getaran, 30 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Hargai Pengorbanan Warga PDRM, Zahir Ucapan Selamat Hari Polis Ke-217

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ribuan Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Semai Semangat Patriotik Sempena Hari Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 40,000 Dijangka Meriahkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2023

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar