web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Tapis Khas: Polis Johor Tahan 373 Individu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 6:52PM

Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam - Gambar Facebook Polis Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua individu yang ditahan, terdiri daripada 355 lelaki dan 18 wanita berusia 18 hingga 70 tahun.

Katanya, operasi itu memfokuskan kawasan Felda, ‘mobile port’, kawasan perumahan, lokasi tumpuan awam termasuk terminal bas dan teksi, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 3(1) ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan turut menahan 63 individu berstatus orang dikehendaki dan 28 tokan dadah.

Katanya dalam operasi itu juga polis merampas heroin seberat 143.37 gram (g), syabu (107.98g), ganja (97.94g) dan pil erimin 5 (empat biji).

“Kesemua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM20,772.95 dan jumlah dadah ini jika berterusan berada di pasaran, boleh digunakan seramai 1,358 orang penagih,” katanya.

Kamarul Zaman berkata sejak 1 Jan hingga semalam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor telah menahan 8,383 orang atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 2.27 tan dadah bernilai RM10.40 juta. 

Menurut beliau dalam tempoh itu juga, seramai 170 tokan dadah telah ditangkap, iaitu peningkatan sebanyak 86.81 peratus berbanding 91 tokan dadah pada tempoh sama tahun lepas.

Sebarang maklumat berkenaan penyalahgunaan dadah di Johor orang ramai boleh terus menghubungi hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad