web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar India Cemerlang Ditolak Daripada Matrikulasi, Ahli Parlimen Dakwa Wujud Diskriminasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 4:41PM

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lepasan sekolah menengah berprestasi tinggi keturunan India terus berdepan ‘pilih kasih’ atau ‘diskriminasi’ dalam sistem pendidikan Malaysia, apabila lebih 200 pelajar dari kaum itu tidak diberikan penempatan dalam program matrikulasi kerajaan, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Beliau berkata, ramai pelajar dari kaum itu ditolak ‘mentah-mentah’ atau diminta membuat rayuan, walaupun ramai dalam kalangan mereka memperoleh keputusan antara 9 dan 11 A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Charles menegaskan, walaupun pelajar bukan Bumiputera sememangnya diberi kuota kemasukan sebanyak 10 peratus ke program itu, wujud keperluan untuk memperincikan kriteria penempatan mereka bagi memastikan akses yang adil kepada pendidikan.

“Soalan saya ialah apakah dasar terhadap pelajar India dan Cina? Mengapa pelajar berprestasi tinggi tidak diberi peluang di matrikulasi?” soalnya sambil menegaskan bahawa penolakan itu tidak wajar kerana mereka melepasi kriteria akademik ditetapkan.

Program Matrikulasi adalah program membabitkan pendidikan pra universiti bagi tempoh satu atau dua tahun yang menyediakan laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, terutama di universiti awam.

Pelajar matrikulasi dilaporkan hanya membayar RM500 untuk pendaftaran, manakala sebahagian besar kos ditanggung kerajaan.

Selepas tamat pengajian, mereka berpeluang melanjutkan pelajaran di pelbagai universiti luar negara, termasuk di Australia, New Zealand dan Jepun.

Charles menegaskan, pendidikan kekal sebagai pemangkin kepada masyarakat India untuk memartabatkan diri mereka dan kerajaan perlu menyediakan akses lebih baik kepada komponen penting itu.

“Masyarakat India sebahagian besarnya miskin dan memerlukan sokongan dan dukungan.

“Jadi jika anda ingin mengubah karakter komuniti, anda benar-benar perlu menyokong kanak-kanak untuk mendapat akses kepada pendidikan,” katanya.

Charles juga berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Baru-baru ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Malaysian Velan Padai (MVP), turut menyuarakan kebimbangan sama mengenai diskriminasi didakwa berlaku terhadap pelajar India yang ditolak daripada program matrikulasi.

Pengerusi MVP, Surendran Balaraman menegaskan mengenai keperluan untuk mendapatkan maklumat mengenai sebab di sebalik pelajar kaun terbabit ditolak.

Beliau meminta garis panduan jelas daripada Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai mekanisme yang terbabit dalam pemprosesan permohonan. – The Vibes, 30 Julai 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad