web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat Parti : Perlis Kaji Keperluan Pinda Undang-Undang Tubuh Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 3:16PM

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man melepaskan peserta kembara Merdeka pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat Negeri Perlis hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Kerajaan Perlis akan mengkaji keperluan untuk melakukan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti turut dikuatkuasakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata beliau akan meminta penasihat undang-undang kerajaan negeri melihat Undang-undang tubuh Negeri Perlis terlebih dahulu sama ada mempunyai peruntukan bagi melaksana RUU tersebut di negeri itu.

“RUU yang diluluskan oleh Dewan Rakyat itu adalah sesuatu yang menyeluruh dan boleh diguna pakai oleh semua negeri, jadi saya fikir tiada masalah untuk dilaksana di peringkat negeri namun kami akan buat kajian secara terperinci terlebih dahulu.

“Jika perlu, mungkin kami hanya akan buat penambahbaikan pada Undang-undang Tubuh Negeri sahaja dan jika sebaliknya, kami akan memperkenalkan satu enakmen baharu yang selari dengan undang-undang tubuh negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis 2022 di Denai Larian Pengkalan Asam hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Hamdan Bahari, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan barisan exco kerajaan negeri.

“Bagi saya perkara itu sesuatu yang baik kerana ia dapat mengelak wakil rakyat lompat parti dan tindakan membeli wakil rakyat yang kesannya amat negatif kepada kestabilan politik negara,” katanya.

Pada Khamis lepas, pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’ mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan, sekali gus melakar sejarah yang mengubah landskap politik tanah air. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran