web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengguna Terkesan Dengan Gangguan Bekalan Elektrik, Rabu Lalu, Akan Nikmati Rebat - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jul 2022 1:12PM

Takiyuddin berkata seramai satu juta pengguna akaun domestik, industri dan komersial terkesan dengan gangguan yang berlaku sejak 12.39 tengah hari, Rabu lepas. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi rebat kepada pengguna terutama peniaga yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia, Rabu lepas.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata didapati pada hari kejadian seramai satu juta pengguna akaun domestik, industri dan komersial terkesan dengan gangguan yang berlaku sejak 12.39 tengah hari itu.

"Pengguna yang terkesan seperti peniaga boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian dialami.

"Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai rebat itu akan saya bentangkan di Parlimen pada 4 Ogos depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Bharu kali ke-55, di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memuji tindakan pantas pihak TNB yang berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik di kawasan mengalami gangguan dalam tempoh dua jam 21 minit.

"Disebabkan masalah yang berlaku pada hari itu, kita perlu menjaga kestabilan tenaga sehingga terpaksa mencatu kawasan tertentu yang tidak kritikal.

"Pada masa yang sama kita memastikan hospital, lapangan terbang dan Parlimen yang bersidang ketika itu tidak mengalami gangguan bekalan elektrik," katanya.

TNB dalam kenyataan Rabu lepas memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Kerosakan itu mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad