web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khidmat CEO MRT Corp, Mohd Zarif Dilanjut 3 Bulan - Sumber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 11:27AM

Mohd Zarif Hashim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim dilanjut sementara pelantikan pengganti jawatan itu dimuktamadkan.

Menurut sumber, kontrak Mohd Zarif disambung selama tiga bulan selepas tamat pada 14 Julai lalu.

Ketika dihubungi, Mohd Zarif mengesahkan beliau masih Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp dan menjalankan tugas seperti biasa, namun tidak memberikan butiran lanjut.

“Ya, saya masih memegang jawatan,” katanya.

Ketika diminta mengesahkan sama ada pelanjutannya hanya sementara dan berlangsung selama tiga bulan, Mohd Zarif berkata, perkara itu hanya boleh ditentukan lembaga firma berkenaan serta enggan mengulas.

Jurucakap MRT Corp juga berkata, sebarang pengumuman hanya akan dibuat lembaga pengarah dan belum ada sebarang kenyataan rasmi setakat ini.

Mohd Zarif dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu pada 15 Julai 2020, menggantikan Abdul Yazid Kassim yang tamat perkhidmatan pada 30 Jun tahun sama.

Kedudukan Mohd Zarif dalam syarikat itu mencetuskan spekulasi sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan kontrak dua tahunnya tamat beberapa minggu lalu, selain tiada sebarang pengumuman dibuat berkaitan tempoh perkhidmatannya sehingga kini.

The Vibes awal bulan ini melaporkan, menurut kenyataan sumber, kedudukan Mohd Zarif boleh diganti dan keputusan itu di bawah Kementerian Kewangan yang menyelia MRT Corp.

Pembantu kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, pihak kementerian itu enggan memberi maklum balas berhubung spekulasi terbabit.

Bagaimanapun, difahamkan, ahli lembaga pengarah MRT Corp dan beberapa individu di Putrajaya bersetuju supaya Mohd Zarif dikekalkan bagi memastikan kesinambungan serta kelancaran pelaksanaan projek rel sedia ada.

Mohd Zarif juga sebelum ini memberitahu The Vibes bahawa dia tidak mengetahui spekulasi mengenai masa depannya dan sebarang keputusan adalah hak prerogatif lembaga pengarah.

Satu sumber memberitahu The Vibes ketika itu, pertimbangan untuk tidak melanjutkan tempoh Mohd Zarif dalam syarikat berkenaan sudah mengambil kira pelbagai faktor, termasuk isu pengurusan yang sepatutnya dan dakwaan hubungannya dengan pihak tertentu di Kementerian Kewangan.

Namun, sumber dalaman itu mendakwa pihak tertentu difahamkan menjadikan isu membabitkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaiki MRT laluan Putrajaya secara eksklusif pada 15 Jun lalu, sebagai alasan untuk menyingkirkan Mohd Zarif.

Ketika menaiki perkhidmatan tren itu, Najib diberi gambaran ringkas mengenai fasa pertama laluan baharu itu, sehari sebelum ia dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Getaran, 30 Julai 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad