web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Harian Meningkat 4,860, 10 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 10:50AM

10 kes kematian dilaporkan akibat COVID-19 semalam dengan satu kes adalah BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,860 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam yang menunjukkan peningkatan ketara, berbanding 3,926 kes dicatatkan kelmarin.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia adalah 4,672,999 kes setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,849 kes penularan tempatan dan 11 kes import.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 semalam, iaitu 1,649 kes, disusuli Kuala Lumpur (1,466), Sabah (292), Perak (272), Pulau Pinang (246), Negeri Sembilan (195) dan Kedah (150).

Melaka pula mencatatkan 112 kes, diikuti Johor dan Putrajaya masing-masing 95 kes, Sarawak (94), Pahang (73), Kelantan (64), Labuan (30), Terengganu (21) dan Perlis (6).

Kes kematian membabitkan jangkitan virus itu semalam adalah 10 kes, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), iaitu lima di Selangor, Johor dan Kedah masing-masing dua kes dan Sabah (1).

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat pandemik berkenaan meningkat kepada 35,956 kes, termasuk 7,637 kes BID sehingga kini.

Sebanyak 48,300 kes aktif direkodkan setakat ini dengan 46,334 kes atau 95.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 23 kes (0 peratus) ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,883 kes (3.9 peratus) menerima rawatan di hospital.

Manakala 60 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan lebih separuh daripada jumlah terbabit, iaitu 34 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data menunjukkan, 3,836 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan sebanyak 4,588,743 kes pulih dicatatkan sejak virus itu direkodkan di Malaysia. – Getaran, 30 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad