web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Kaji Penetapan Harga Siling Ayam Selepas 31 Ogos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 8:21PM

Kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling runcit ayam standard serta kebenaran mengeksport ayam, selepas pelaksanaan harga siling RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia tamat pada 31 Ogos - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling runcit ayam standard serta kebenaran mengeksport ayam, selepas pelaksanaan harga siling RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia tamat pada 31 Ogos, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.

“Tentu sekali selepas 31 Ogos ini kerajaan akan mengkaji aspek sama ada nak kekalkan subsidi atau nak apungkan harga, ataupun untuk membuka semula eksport ayam bulat ke luar negara.

“Itu akan kita pertimbangkan. Kita ada sebulan lagi untuk melihat perkembangan yang akan berlaku dalam industri ternakan dan juga perusahaan ayam di negara kita,” katanya kepada media selepas melancarkan Pavilion AgroTech Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini hari ini.

Kerajaan telah menetapkan harga siling RM9.40 sekilogram untuk tempoh 1 Julai lepas sehingga 31 Ogos, manakala harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Ronald berkata kerajaan mengambil maklum ada sesetengah tempat yang menjual ayam standard lebih rendah dari harga siling yang ditetapkan.

“Dari perspektif industri, kita letakkan harga kawalan tetapi kerajaan tampung dengan pemberian subsidi kepada penternak sebanyak RM1.20 bagi bagi setiap kilogram.

“Jadi tindakan kerajaan (pemberian subsidi) telah menstabilkan bekalan ayam dan harga ayam di pasaran,” katanya.

Mengenai Pavilion Agrotech MAHA 2022, Ronald berkata sebanyak lapan pempamer menyertai pavilion itu yang terdiri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Agrobank, Bioeconomy Corporation, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Aerodyne Group dan SAT.ASIA.

Pavilion AgroTech yang terletak di Dewan D2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang akan mempamerkan teknologi pertanian terkini yang bertemakan revolusi industri 4.0 seperti internet benda (IoT), sistem pengurusan ladang pintar, kilang tanaman, dron pertanian, teknologi robotik, pengurusan data pertanian, sistem maklumat geografi dan bioteknologi.

MAHA 2022 akan diadakan secara hibrid pada 4 hingga 14 Ogos di MAEPS, dengan bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’. Disasarkan 1.1 juta pengunjung hadir secara fizikal sepanjang 11 hari program itu serta menjana lebih RM250 juta potensi nilai jualan.

Pameran dwitahunan itu kali terakhir diadakan pada 2018 sebelum tergendala akibat pandemik COVID-19 dalam negara. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad