web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.7 Juta Pada 2022

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 6:16PM

Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta orang berbanding 32.6 juta orang pada 2021 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta orang berbanding 32.6 juta orang pada 2021, dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus, demikian menurut  penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk warganegara meningkat daripada 30.0 juta orang pada 2021 kepada 30.2 juta orang pada 2022, dengan kadar pertumbuhan penduduk warganegara turun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus bagi tempoh yang sama.

Menurut penerbitan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu hari ini, beliau berkata komposisi penduduk warganegara pada 2022 meningkat kepada 92.6 peratus iaitu peningkatan sebanyak 0.5 mata peratus berbanding 92.1 peratus pada 2021.

"Pada 2022, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 17.0 juta dan 15.7 juta. Nisbah jantina adalah 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya.

Mohd Uzir berkata komposisi penduduk berumur 0-14 tahun iaitu kategori umur muda pada 2022 menurun kepada 23.2 peratus berbanding 23.6 peratus pada 2021, manakala komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.4 peratus pada 2021 kepada 69.5 peratus pada 2022. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar