Berita Terkini

23 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Polis Siasat Kes Wanita Dakwa Anak Autisme Didera Guru Pusat Terapi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 4:01PM

Hasil semakan mendapati isu yang ditularkan oleh pemilik akaun Facebook ‘Cik Puan Zetty’ itu adalah satu kes yang masih dalam proses siasatan pihak polis - Gambar Facebook Cik Puan Zetty

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis sedang menyiasat kes seorang ibu yang mendakwa anak lelakinya yang menghidap autisme didera guru di sebuah pusat terapi di Skudai di sini seperti tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata semalam, pihaknya mengesan satu hantaran seorang pemilik akaun Facebook ‘Cik Puan Zetty’ berhubung kes berkenaan.

"Hasil semakan mendapati isu yang ditularkan oleh pemilik akaun itu adalah satu kes yang masih dalam proses siasatan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

"Selepas siasatan awal terhadap pengaduan itu, kanak-kanak tersebut telah dirujuk ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak itu juga telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, di sini bagi mendapatkan penilaian khusus oleh pakar kanak-kanak terhadap status kesihatannya.

Rupiah berkata polis akan mendapatkan laporan perubatan mangsa secara rasmi sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menerusi hantaran itu, wanita tersebut mendakwa anaknya dimasukkan ke sebuah pusat terapi di sebuah institut pengajian tinggi di Skudai sejak November 2019 dan kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 7 Julai lepas.

Wanita itu mendakwa anaknya yang berusia enam tahun telah didera oleh guru terapi sehingga mengalami kesan lebam di bahu kiri yang berbentuk jari selain kesan cubitan di dada. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Rencana 3 minggu yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi