web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Kilat Baling: 2 Kampung Terlibat, 7 Keluarga Dipindahkan Ke PPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 8:38AM

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan tujuh keluarga yang dipindahkan ekoran banjir kilat yang membabitkan dua buah kampung di Baling malam tadi. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan tujuh keluarga yang dipindahkan ekoran banjir kilat yang membabitkan dua buah kampung di Baling malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapten Rasidah Kassim berkata kampung yang terlibat ialah Kampung Iboi dan Kampung Badang di Mukim Kupang.

"Tujuh keluarga itu dipindahkan ke PPS Dewan Haji Hassan Samah yang dibuka pada pukul 9 malam tadi ekoran kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat pada petang semalam.

"Bagaimana pun jumlah mangsa daripada tujuh keluarga yang terlibat masih dalam kiraan," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Katanya hujan lebat bermula kira-kira 2 petang tadi dan berterusan selama tiga jam menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

Katanya, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerima laporan mengenai banjir kilat itu kira-kira pukul 5 petang dan telah menggerakkan anggota ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa rumah telah dinaiki air.

Tambah beliau, paras air Sungai Kupang juga telah melepasi jambatan Bailey di Kampung Iboi dan pihak polis telah mengarahkan laluan itu ditutup sehingga keadaan pulih dan selamat untuk dilalui.

"Penduduk di kawasan tebing sungai dan kawasan rendah juga dinasihatkan untuk terus berwaspada dan meninggalkan kediaman mereka sekiranya paras air terus meningkat," katanya.

Tambah beliau pihak APM dan agensi lain yang berkaitan akan terus memantau keadaan di kawasan itu dari semasa ke semasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apalah Nasib, Lepas Makan Kena Tolak Kereta Redah Banjir

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad