web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganggur Dihadapkan Ke Mahkamah, Dituduh Bakar Remaja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 8:17PM

Shaikh Hilman Hakim Shaikh Anuar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini atas tuduhan mencederakan seorang remaja lelaki sehingga melecur pada Jumaat lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini atas tuduhan mencederakan seorang remaja lelaki sehingga melecur pada Jumaat lepas.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan terhadap Shaikh Hilman Hakim Shaikh Anuar, 28, yang mengangguk faham kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Shaikh Hilman didakwa menyebabkan cedera parah ke atas Muhammad Fiqrie Adam Abdullah,15, pada 3 pagi, 22 Julai lepas di Kampung Perasing Jaya di Jabor dekat sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan 1 Ogos ini bagi penetapan jaminan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Farhana Shamsudin.

Terdahulu tiga lelaki dituduh di mahkamah sama iaitu Mohamad Razman Zalizan dan Mohamad Razif Mohamad, masing-masing berusia 20 tahun serta Muhammad Imran Mohamad, 18, yang turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Muhammad Fiqrie pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 September untuk sebutan semula kes dan membenarkan ketiga-tiga lelaki tersebut diikat jamin masing-masing RM1,800 dengan syarat tambahan mereka tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman dan ketiga-tiga mereka turut diwakili peguam Nurul Farhana.

Sebelum ini media melaporkan seorang remaja lelaki melecur kira-kira 40 peratus selepas dipercayai disimbah cecair jenis minyak sebelum dinyalakan api akibat dituduh mencuri wang RM100. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad