web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Beranak Antara 6 Ditahan Edar Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 8:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah didalangi empat beranak dan dua rakan mereka selepas kesemuanya ditahan dalam siri serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini 25 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM328,385.

"Hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah Sentul, satu serbuan dilancarkan dan dua individu termasuk seorang wanita berjaya ditahan di sebuah unit kondominium di Jalan Kuching di sini, sekitar jam 1.45 pagi.

“Menerusi serbuan, kami berjaya merampas 400 biji pil eramin 5, 140 biji ekstasi dan 5.9 gram (gm) ketamin selain wang tunai berjumlah RM2,057 dipercayai hasil penjualan dadah,” katanya hari ini.

Eng Lai berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis ketamin dan benzo.

Jelasnya, soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada serbuan kedua di kawasan parkir kondominium sama, kira-kira jam 4.30 petang.

 Beh Eng Lai - Gambar Bernama
Beh Eng Lai - Gambar Bernama

Eng Lai berkata, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek, polis kemudian melakukan satu lagi serbuan di tempat letak kereta kondominium sama kira-kira jam 4.30 petang, juga pada hari yang sama.

“Dalam serbuan kedua, suspek terdiri daripada seorang lelaki berusia 47 tahun dan anak tiri perempuannya yang berusia 18 tahun.

“Pemeriksaan terhadap kereta suspek menemui 11,000 biji pil eramin 5, 200 biji pil ekstasi dan 250 gm ketamin,” katanya. 

Turut dirampas jelas beliau ialah wang tunai berjumlah RM7,000 manakala ujian air kencing pula mendapati suspek lelaki positif dadah jenis benzo.

Beliau menarik perhatian, dua lagi suspek ditahan dalam serbuan ketiga yang juga dibuat pada jam 6.30 petang hari yang sama, melibatkan sebuah kediaman di Taman Indah Perdana dekat Kepong.

“Kedua-dua mereka merupakan isteri dan anak tiri kepada suspek lelaki yang ditahan dalam serbuan kedua.

“Wanita berusia 38 tahun dan pemuda berusia 19 tahun itu ditahan bersama 200 gm ketamin dan 90 gm methylnedioxymethamphetamine (MDMA),” katanya.

Polis jelas Eng Lai turut merampas wang tunai berjumlah RM40,000 yang dipercayai dihasilkan oleh penjualan kesemua dadah.

“Ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati empat beranak itu disyaki membekalkan dadah kepada suspek lelaki dan wanita yang ditahan dalam serbuan pertama.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar