web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes 2 Remaja Ditemukan Mati Dalam Alphard: Polis Selesai Ambil Keterangan 15 Individu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 3:51PM

2 remaja telah ditemukan mati dalam kenderaan Toyota Alphard di ruang parkir di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada Mei lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis selesai merakam keterangan 15 individu termasuk ahli keluarga dan rakan berhubung siasatan kes dua remaja yang ditemukan mati dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di ruang parkir di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada Mei lepas. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata hasil keterangan daripada semua individu terbabit mendapati kedua-dua remaja itu tiada kaitan dengan mana-mana penghuni kodominium atau pemilik parkir berkenaan. 

"Kita masih (dalam proses) melengkapkan siasatan antaranya latar belakang kedua-dua remaja itu dan persekitaran mereka, selain masih menunggu laporan perubatan bagi mengetahui punca kematian. 

“Keterangan dan siasatan itu perlu bagi mendapatkan kesimpulan kes sebelum melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Istiadat penganugerahan itu disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Azmi berkata siasatan punca kematian dua remaja itu mengambil masa yang lama kerana melibatkan agensi yang berbeza selain pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Kimia.

Media sebelum ini melaporkan, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul, masing-masing berusia 19 tahun dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Klang dan Shah Alam.

Kedua-dua remaja itu ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras 29 Mei lepas.

Terdahulu, seramai 198 anggota dan pesara polis dianugerahkan PJPN bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam menjaga dan mengawal ketenteraman negara ketika zaman darurat dan era insurgensi komunis.

Azmi berkata penganugerahan itu turut memupuk semangat dan memberi motivasi kepada anggota polis yang masih bertugas untuk meneruskan khidmat dengan lebih cemerlang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad