web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penceramah Direman 5 Hari, Bantu Siasatan Kes Rogol Remaja 14 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 3:54PM

Seorang penceramah bebas direman selama 5 hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan remaja bawah umur di Perak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang penceramah bebas direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di negeri ini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang memakai kemeja-T tiba dengan tangan bergari dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira 1 tengah hari.

Tempoh reman bermula hari ini sehingga Isnin dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Polis Perak sebelum ini mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes rogol remaja perempuan dipercayai membabitkan seorang penceramah bebas popular, yang ditahan di Selangor pada 18 Julai lepas melibatkan mangsa sama dan siasatan sedang dijalankan berhubung laporan itu.

Penceramah bebas itu dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabtu lepas, suspek diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di negeri itu selepas tempoh reman selama lima hari di Selangor tamat.

Difahamkan, polis Perak menahan suspek di Kuala Lumpur semalam bagi membantu siasatan kes rogol yang dipercayai berlaku di Ipoh pada Januari lepas.

Berdasarkan siasatan awal, perkenalan di antara suspek dan remaja bawah umur itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum hubungan terjalin sejak Mei tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad