web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Deruan Air, Gegaran Sebelum Rumah Ditimpa Tanah Runtuh - Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 2:28PM

Dalam kejadian tanah runtuh itu, dua kanak-kanak maut manakala dua dewasa cedera - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Bunyi deruan air dan gegaran dirasai penduduk di kawasan Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di sini sebelum kejadian tanah runtuh menghempap sebuah rumah setinggan menyebabkan kematian dua kanak-kanak di kawasan itu malam tadi.

Nenek kanak-kanak itu Arisa Barahim, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di dapur dan terdengar bunyi deruan air serta berasa gegaran sebelum air kemudian tanah datang menimpa rumah mereka.

“Datang itu air dan tanah dari atas (bukit), aku ngam-ngam sini di dapur, terlompat cuba selamatkan diri sama (ahli keluarga) yang lain, anak aku sama cucu aku ada dalam rumah tertimbus.

“Siapa tidak sedih anak (Sabri Botong) sama cucu kena begitu, sama-sama orang lain cuba selamatkan mereka malam tadi tetapi cucu ku tidak nasib baik,” katanya dalam nada yang sebak kepada Bernama di tempat kejadian di sini hari ini.

Kawasan kejadian tanah runtuh menghempap sebuah rumah setinggan yang didiami satu keluarga di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas, Kota Kinabalu - Gambar Bernama
Kawasan kejadian tanah runtuh menghempap sebuah rumah setinggan yang didiami satu keluarga di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas, Kota Kinabalu - Gambar Bernama

Arisa, yang juga seorang suri rumah, berkata beliau tinggal di kawasan itu lebih 20 tahun dan rumah didiami bersama tiga anak, dua menantu dan tiga cucunya baru dibina kira-kira setahun lepas.

Dalam kejadian kira-kira pada 8.10 malam tadi, tiga mangsa tertimbus dan dua daripada mereka terkorban.

Mangsa yang terkorban ialah kanak-kanak perempuan Norain Jaziz, 11, dan kanak-kanak lelaki Isa Sabri, 2, yang kedua-duanya meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini manakala menantu Arisa, Siti Nur, 28, mengalami kecederaan patah tangan.

Suami Siti Nur iaitu Sabri Botong, 28, hanya mengalami cedera ringan di bahagian kaki.

Rahmah Botong, 36, anak kedua Arisa berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja di Karamunsing di sini sebagai jurujual dan terkejut melihat rumah mereka musnah akibat tanah runtuh.

“Sampai di sini rumah jadi begini sudah, sedih bila keluarga saya kena begini tetapi kami akan tetap teruskan kehidupan,” katanya.

Seorang penduduk Bukit Nenas membantu mengeluarkan barangan dari sebuah rumah yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas, Kota Kinabalu - Gambar Bernama
Seorang penduduk Bukit Nenas membantu mengeluarkan barangan dari sebuah rumah yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas, Kota Kinabalu - Gambar Bernama

Razim Asalin, 52, adik kepada Arisa yang tinggal di kawasan berhampiran berkata beliau menerima panggilan telefon mengenai tragedi itu dan terus bergegas ke tempat kejadian bagi memberi bantuan.

“Sampai sini saya tengok rumah sudah runtuh dan saya bantu anak juga cucu saudara ke ambulans untuk dapatkan rawatan,” katanya yang juga seorang peniaga.

Majid Musa, 63, seorang penduduk di Bukit Nenas berkata ini merupakan kejadian pertama tanah runtuh serius sehingga menyebabkan kehilangan nyawa di kawasan itu dan turut mendengar bunyi deruan air serta berasa gegaran sebelum kejadian.

“Saya tinggal sejak 1984 di sini dan bukit ini tidak pernah begini (terjadi seperti ini), kita datang tolong keluarga dan ada tolong angkat barang juga kerana kita lama sudah tinggal di kawasan ini sama-sama,” kata buruh binaan itu.

 Sementara itu, tinjauan Bernama ke kawasan itu mendapati kawasan itu dipenuhi lumpur dan menyukarkan pergerakan selain rumah mangsa diperbuat daripada kayu serta zink, ranap ditimbus tanah serta lumpur.

Kawasan penempatan setinggan itu terletak di kaki Bukit Nenas yang curam dan berada di dalam hutan, lebih 100 meter dari kawasan rumah dan jalan utama di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad