Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adakah Kebajikan Rakyat Sabah Lebih Terjaga Selepas Kenaikan Gaji Pemimpin?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 11:56AM

Keputusan mengejut Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul kenaikan gaji telah mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak - Gambar oleh Jason Santos

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Keputusan mengejut Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul kenaikan gaji sebanyak 40 peratus untuk penggubal undang-undang dan anggota pentadbiran negeri itu dalam keadaan ekonomi menentu ketika ini mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak.

Ada yang menggelar pemimpin tersebut mementingkan diri sendiri kerana melaksanakan kenaikan itu untuk diri sendiri di saat rakyat dibebani peningkatan kos sara hidup.

Walaupun ramai pemimpin berusaha mewajarkan langkah itu, orang ramai tertanya-tanya bagaimana ia akan mengubah situasi mereka dan sama ada tindakan sedemikian munasabah untuk dilaksanakan.

Pekerja cuci kereta, Azizan Hali berkata, ramai dalam kalangan pemimpin itu sudah berada dalam keadaan baik dari segi kewangan dan tidak dapat dipastikan berapa ramai daripada mereka mempunyai sumber pendapatan lain.

“Gaji mereka sebagai penggubal undang-undang sudah tinggi. Sesetengah dalam gabungan pemerintah boleh menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan dan mungkin memperoleh puluhan ribu daripada pendapatan sampingan mereka.

“Saya tidak bersetuju mereka mendapat kenaikan gaji. Ramai masih mendapat gaji minimum dan walaupun kenaikan baru-baru ini (hingga RM1,500 sebulan), ia tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang lebih tinggi,” kata Azizan kepada The Vibes.

Azizan yang berasal dari Kunak berkata, wakil rakyat tidak mengetahui isu rakyat dan tidak menanganinya.

Beliau berkata, sikap ini akan berterusan lebih-lebih lagi mereka kini mendapat gaji yang lebih tinggi.

“Sebaik-baiknya mereka turun padang dan membantu rakyat. Mereka perlu menangani isu tersebut.

“Mereka juga perlu pergi ke kawasan terpencil. Jangan hanya turun padang apabila pilihan raya semakin hampir,” katanya.

Ketua Pemuda Warisan Datuk Mohd Azis Jamman
Ketua Pemuda Warisan Datuk Mohd Azis Jamman

Pada 19 Julai lalu, DUN Sabah meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri, Timbalannya, Menteri, Speaker dan Timbalan Speaker, ADUN serta Setiausaha Politik.

Kenaikan itu akan menyebabkan negeri ini menambah perbelanjaan sebanyak RM5.6 juta setahun.

Berdasarkan pindaan itu, gaji Ketua Menteri akan meningkat daripada RM23,595 kepada RM33,033; gaji Tmbalannya meningkat daripada RM20,872.50 kepada RM29,221.50; dan gaji Menteri dinaikkan daripada RM16,335 menjadi RM22,869.

Sementara itu, gaji ADUN pula dinaikkan daripada RM7,950 kepada RM11,130.

Ketua Pemuda Warisan Datuk Mohd Azis Jamman mendakwa dengan kenaikan itu pendapatan bulanan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mungkin mencecah RM100,000 sebulan, memandangkan ADUN Sulaman itu memegang pelbagai jawatan utama negeri dan mempengerusikan beberapa firma berkaitan di Sabah.

 

Bantuan kewangan harus melalui saluran yang betul

Sementara itu, usahawan tempatan Anabelle Lim berkata, kenaikan tersebut menunjukkan betapa pemimpin Sabah hanya menjaga kebajikan mereka sendiri berbanding keperluan rakyat.

Wanita berusia 40 tahun itu turut mempersoalkan kewajaran memberikan gaji tinggi kepada  penggubal undang-undang atas alasan untuk menyalurkan bantuan, sedangkan perbelanjaan seumpama itu seharusnya dilakukan menerusi kewujudan dana khas bagi menjamin ketelusan pengurusan akaun.

“Saya dengar dalam persidangan itu orang ramai menghantar mesej kepada wakil rakyat meminta wang. Berapa banyak yang mereka berikan kepada rakyat?

“Saya rasa paling banyak RM200 atau RM300. Mereka tidak sepatutnya menggalakkan perkara sebegini di Sabah, jika tidak mentaliti ini akan terus wujud dalam kalangan rakyat,” kata Anabelle.

Menurut beliau, tiada siapa yang akan tahu bagaimana mereka membelanjakan wang rakyat jika sumbangan itu dihulurkan kepada golongan memerlukan dari poket sendiri.

Katanya, sumbangan itu sangat berbeza dengan peruntukan wang kawasan diberikan oleh penggubal undang-undang kerana perbelanjaan mereka semua direkodkan dengan tepat.

Kesemua 73 DUN di Sabah masing-masing diberi peruntukan tahunan sekitar RM2 juta dan perbelanjaan itu diambil kira dengan betul.

Pekerja bebas, Ronald Simon Lee, 38, berharap dengan kenaikan gaji yang tinggi itu, pemimpin dapat menyelesaikan masalah melanda rakyat.

Katanya, beliau tidak berpuas hati bagaimana sukarnya menyelesaikan masalah dengan kerajaan sebagaimana yang berlaku pada 14 Julai lalu.

Ronald Simon berkata, ketika itu sekumpulan individu membuat bantahan terhadap rampasan tanah di hadapan bangunan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dekat Wisma Sedco.

“Sebagai contoh, ada insiden di mana penduduk kampung dibantu oleh badan bukan kerajaan (NGO) dari Semenanjung untuk menamatkan pertikaian tanah,” katanya.

Ujarnya lagi, Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia membawa beberapa penduduk dari Kg Simpang di Sandakan ke bangunan kementerian untuk menuntut kerajaan campur tangan dalam pemindahan penduduk kampung dari tanah diduduki mereka selama 40 tahun.

"Penduduk kampung berkata mereka telah diusir selepas sebuah syarikat mendapat perintah mahkamah," katanya.

Sementara itu, Ozzy Nibil turut berharap agar kenaikan gaji itu akan menaikkan semangat penggubal undang-undang untuk tampil membantu golongan miskin di Sabah.

Katanya, beberapa daerah di Sabah disenaraikan antara yang termiskin di negara ini.

Terdahulu media melaporkan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia yang dikenal pasti di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), lapan terletak di Sabah dan wakil rakyat mereka terdiri daripada ahli politik terkemuka. - The Vibes, 28 Julai 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 13 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 10 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi