web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Maut Ketika Terima Rawatan Tradisional

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 11:01AM

Seorang wanita maut ketika mendapatkan rawatan perubatan tradisional semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut ketika mendapatkan rawatan perubatan tradisional di sebuah rumah teres di Pandan Perdana dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa berumur 41 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah terbabit.

Katanya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian masih lagi dijalankan dan punca kejadian masih lagi disiasat.

“Mangsa dipercayai datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu yang lepas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada kejadian itu, polis menahan seorang wanita tempatan berumur 51 tahun yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional di lokasi kejadian.

Ujarnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan jika sabit kesalahan boleh disabit dengan hukuman gantung sampai mati,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Tanggal Seluar Untuk Rawatan, Bakal Pengantin Wanita Dirogol Bomoh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad