Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tindakan Polis Pengiring Potong Garisan Berkembar Tak Salah, Memang Ada Akta…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 9:06AM

Isu kenderaan polis mengiringi dua trak tunda dan sebuah pacuan empat roda memotong di garisan berkembar terus diperkatakan masyarakat - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isu kenderaan polis mengiringi dua trak tunda dan sebuah pacuan empat roda memotong di garisan berkembar, seperti dipaparkan menerusi rakaman video yang tular sejak semalam, terus diperkatakan masyarakat, termasuk menerima respons kurang senang serta mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 23 saat memaparkan kejadian itu yang dilaporkan di Jalan Gua Musang-Kota Bharu, kenderaan terbabit memotong di garisan berkembar sehingga membahayakan pengguna jalan raya dari arah bertentangan.

Dalam rakaman itu, kenderaan berkenaan dilihat memandu laju di laluan satu lorong dengan memotong beberapa kenderaan walaupun ia garisan berkembar.

 

Kenderaan polis iring trak tunda potong di garisan berkembar ada arahan bertugas KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan video kejadian sebuah kenderaan pengiring polis mengiringi dua buah trak tunda dan sebuah pikap memotong di garisan berkembar yang tular di media sosial sejak semalam berlaku di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di sini baru-baru ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan, kenderaan pengiring tersebut telah memberi amaran atau peringatan secukupnya dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya lain. Tegasnya, selain itu, berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai perkara itu kerana kenderaan tersebut mempunyai pergerakan dan arahan yang sah untuk mengiringi ketiga-tiga kenderaan berkenaan. “Persoalan orang ramai mengenai video yang tular adalah kereta pengiring itu mengundang bahaya. Sebenarnya, kereta pengiring itu menjalankan tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam. “Ini bermakna, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi kerjasama sama ada memperlahankan kenderaan, memberi laluan kepada kereta pengiring atau berhenti bagi mengelakkan sesuatu berlaku. “Kenderaan pengiring ada peraturan tersendiri malah mereka tidak boleh sewenang-wenangnya kerana sedang bertugas. Saya tidak menyalahkan sesiapa, namun mungkin ramai yang masih keliru dengan perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini. Mengulas lanjut, menurut Muhamad Zaki, beliau berharap pengguna jalan raya sentiasa memberi kerjasama apabila berdepan dengan kenderaan pengiring polis di jalan raya. Tambahnya, ini kerana tugas kenderaan pengiring tidak seperti pengguna jalan raya yang lain. Terdahulu, tular rakaman video dashcam berdurasi 11 saat di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan polis pengiring yang memotong di garisan berkembar sehingga hampir menyebabkan kemalangan. Menerusi video itu, kenderaan itu sedang mengiringi dua buah trak tunda dan sebuah pikap memasuki lorong bertentangan dalam keadaan laju sehingga menyebabkan kenderaan lain terpaksa mengelak ke tepi jalan. Insiden itu menyebabkan ramai yang mengecam tindakan bahaya kenderaan pengiring polis yang dilihat membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. – KOSMO! ONLINE MUHAMMAD AYMAN GHAFFA 27 Julai 2022, 12:21 pm

Posted by Shariff Bin Ismail on Tuesday, July 26, 2022

Pemandu dari laluan bersebelahan terpaksa mengelak secara tiba-tiba untuk tidak bertembung dengan kenderaan pengiring berkenaan.

Menerusi tinjauan Getaran di media sosial mendapati, segelintir netizen mengkritik tindakan itu kerana menganggapnya boleh mengancam keselamatan pengguna.

“Sedangkan ambulan yang bawa pesakit pun tak potong double line (garisan berkembar) macam ini”

“Undang-undang tetap kena patuh, tak kira orang awam atau penjawat awam”

“Yang saya tak faham macam mana tow truck boleh ada kereta pengiring”

Manakala sesetengah pengguna medium itu meluahkan kebimbangan berhubung keadaan terbabit kerana berisiko menyebabkan kemalangan.

“Soalan serius, kenapa tak boleh ikut peraturan?Penting sangat ke ‘kenderaan yang diiring itu’ sampai membahayakan pengguna lain?”

“Kalau ada kemalangan, siapa nak bertanggungjawab?”

“Apa yang urgent (mustahak) sangat sampai nak kena potong gitu, bawa orang dah nazak ke?”

Itu antara kata-kata diciap beberapa netizen berhubung kejadian terbabit.

Bagaimanapun, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Twitter @PDRMsia malam tadi, polis pengiring itu sudah mengikut peraturan ditetapkan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dilaporkan berkata, kenderaan berkenaan sudah memberi amaran dan peringatan dengan membunyikan siren serta menyalakan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya.

Justeru, katanya, pengguna jalan raya perlu bekerjasama dengan memberi laluan atau berhenti sebentar bagi mengelakkan keadaan tidak diingini.

“Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai. Kenderaan pengiring ada peraturan dan mereka tidak boleh berhenti sewenang-wenangnya kerana sudah memberi siren dan amaran kepada pengguna jalan raya.

“Pergerakan kereta pengiring terbabit mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967, iaitu tugas di jalan awam,” katanya menerusi pautan laporan media yang dikongsi PDRM. – Getaran, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Akan Rakam Keterangan Mr H

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saya Tak Bersalah, Sudah Jelaskan Semuanya Kepada SPRM - Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Guru Besar Beri Alasan Sudah Biasa Keluar Wang Tanpa Polis Pengiring

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan

Semasa 3 jam yang lalu

Sumbangan Ahmad Rejal Tinggal Kesan Mendalam Dalam Dunia Kewartawanan Negara – Anwar

Semasa 23 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan