Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aktiviti Bawa Masuk Tukang Urut ‘Haram’ Ke Malaysia Terbongkar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 8:57PM

Imigresen berjaya menahan 28 individu yang terlibat dengan sindiket membekal dan membawa tukang urut warga emas di Johor Bahru, Johor. - Gambar dari Facebook JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket membekal dan membawa masuk tukang urut warga Thailand terbongkar dalam siri operasi khas di sekitar Johor Bahru, Johor pada 21 hingga 23 Julai lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi khas selama tiga hari itu, menahan 28 individu, termasuk dalang sindiket, iaitu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an.

“Ketika siri operasi khas bermula 21 Julai itu, pihak kami mengesan sebuah kereta jenis Proton Saga di Taman Pelangi yang dipercayai dipandu suspek utama sindiket berkenan.

“Justeru, pasukan khas kami menahan kereta tersebut bagi pemeriksaan dan mendapati, terdapat empat wanita warga Thailand berada dalam kenderaan itu untuk dihantar pulang ke negara asal melalui jalan tidak sah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud

Beliau berkata, ketika pemeriksaan pasukan operasi, kesemua wanita berkenaan tidak memiliki pas sah.

Katanya, susulan tangkapan itu, pihaknya membuat serbuan ke kediaman dalang utama dan merampas beberapa dokumen berkaitan kemasukan serta membekal tukang urut warga asing ke pusat urut refleksologi dan spa di Johor Bahru, selain sekitar kawasan selatan tanah air.

“Ekoran itu, pasukan operasi JIM membuat dua serbuan di premis pusat urut dan spa di Taman Austin serta Taman Abad, Johor Bahru yang disyaki ada kaitan dengan sindiket berkenaan

“Hasil serbuan berkenaan, pasukan kami menahan dua lelaki tempatan, iaitu penjaga premis dan 21 tukang urut warga Thailand terdiri daripada 18 wanita serta tiga lelaki,” ujarnya.

Khairul Dzaimee berkata, kesemua individu tersebut berusia dalam lingkungan 20 hingga 52 tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, modus operandi sindiket itu adalah mengatur kemasukan dan membekalkan tukang urut warga Thailand untuk bekerja di pusat urut menggunakan pas lawatan sosial di sekitar Johor serta negeri berhampiran.

Katanya, sindiket itu mengunakan kenalan rapat di Thailand untuk mempengaruhi individu dengan menawarkan peluang pekerjaan sebagai tukang urut di Malaysia.

“Risikan juga mendapati terdapat aktiviti tidak bermoral dijalankan sindiket di sebalik perkhidmatan tukang urut.

“Siasatan awal mendapati, sindiket mengenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 bagi setiap tukang urut yang diuruskan dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM30,000 sebulan, manakala majikan pusat urut terlibat disyaki meraih pendapatan sehingga RM50,000 sebulan,” jelasnya.

Tambah Khairul Dzaimee, sindiket itu menjalankan aktiviti menghantar pulang mana-mana warga asing yang bermasalah atau warga tempatan yang ingin melepasi sempadan negara melalui laluan tidak sah.

Tegasnya, kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika Johor Bahru untuk tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – Getaran, 27 Julai 2022.

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

Semasa 1 hari yang lalu

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

Semasa 1 hari yang lalu

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan