web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan, Pembangkang Setuju Tidak Perlu MOU Baharu - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 7:19PM

Ismail Sabri Yaakob (tengah) pada gimik Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan pembangkang bersetuju bahawa perjanjian bertulis yang baharu bagi menggantikan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang akan berakhir 31 Julai ini adalah tidak perlu.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata persefahaman tanpa bertulis demi kepentingan rakyat dan kestabilan politik masih boleh diteruskan.

“Soal sambung atau tidak (MoU) tidak penting, yang penting adalah persefahaman untuk kepentingan rakyat diteruskan.

“Kita sama-sama setuju bahawa tidak perlu perjanjian baharu secara bertulis, tetapi persefahaman untuk kepentingan rakyat bagi menjamin kestabilan politik, boleh teruskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini hari ini.

Sementara itu katanya beberapa perkara dalam MoU antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH), tetap akan dilaksanakan, seperti mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dan undang-undang pendanaan politik.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata beliau akur dengan keputusan parti itu agar tidak meneruskan perjanjian dan telah menyampaikan perkara berkenaan ketika perjumpaan bersama ketua parti-parti pembangkang baru-baru ini.

Ditanya mengenai tarikh tamat MoU berkenaan, Ismail Sabri berkata MoU itu sebenarnya hanya tamat apabila Parlimen dibubarkan.

Katanya MoU yang ditandatangani itu hanya menyebut Pilihan Raya Umum tidak boleh diadakan sebelum 31 Julai ini dan bukan mengenai tarikh luput perjanjian.

Beliau juga menegaskan pembubaran Parlimen tidak bergantung pada mana-mana perkara dan ia akan dibubarkan apabila tiba waktunya.

“Apabila saya anggap ia sampai waktu untuk bubar, saya bubarkan (Parlimen), sama ada tahun ini atau tahun depan,” katanya.

Pada 13 September 2021, kerajaan Persekutuan dan PH memeterai MoU itu bagi membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi aspek pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad