Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Topik Gangguan Bekalan Elektrik Popular Di Twitter, Cetus Tanda Pagar #Blackout

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 6:40PM

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bergelap seketika sekitar 12.30 tengah hari tadi sebelum bekalan elektrik beransur pulih kira-kira lima minit kemudian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi gangguan bekalan elektrik selama beberapa jam di Semenanjung hari ini, menjadi topik hangat di media sosial dengan pengguna berkongsi aduan, pandangan dan kekecewaan mereka, sehingga mencetuskan tanda pagar #Blackout di Twitter dengan lebih 6,100 ciapan.

Malah ada pengguna yang merakamkan video memaparkan suasana gelap di dalam pusat beli belah Sunway Pyramid, seperti dikongsi @adiburhan.

Beliau kemudian berkongsi foto keadaan sekeliling ruang kawasan itu selepas bekalan elektrik pulih di situ dan memaklumkan orang ramai bersorak.

“Back to normal (kembali ke asal). Masa electricity (elektrik) sambung balik semua orang bersorak,” ciapnya di gambar dikongsikan.

Seorang pengguna @pixel-purr meluahkan keliru dengan situasi yang berlaku secara tiba-tiba itu.

“Hello @Tenaga_Nasional apa jadi?  Tiba-tiba ada power outage? (bekalan terputus) I hear major areas in Kuala Lumpur, Petaling Jaya and Puchong also have power outage (saya dengar kawasan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Puchong juga alami bekalan terputus),” tulisnya.

Situasi itu mengakibatkan kekecewaan pengguna @‘Beardr888ps’ yang meminta penjelasan dan tindakan lanjut daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“@Tenaga_Nasional apa sudah jadi? Kenapa gangguan elektrik semakin kerap berlaku? Kami perlukan jawapan. Siapa nak bayar kalau barang dalam peti ais saya rosak? Saya nak discount code (kod diskaun) untuk next bill (bil saya seterusnya please!,” katanya.

Malah, situasi itu turut mencetuskan jenaka dalam kalangan netizen bagi ‘menceriakan’ perasaan kurang selesa, seperti dimuat naik @navinneymar98.

Katanya, keadaan itu disebabkan watak adiwira, Thor marah kerana filem lakonannya masih belum disiarkan di Malaysia, sehingga dia menyerang sumber kuasa di Lembah Klang hari ini dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Selain itu, seorang pengguna, @3dotsmy berkongsi gambar menunjukkan kononnya keadaan itu membuatkan dia baru mengenali jiran.

“Saya sedang mengucapkan hello (helo) kepada jiran untuk kali pertama hanya untuk mengetahui kenapa bekalan elektrik terputus di kawasan saya,” coretnya di gambar berkenaan.

Menurut @asimlotfi, ketika dia menutup suis lampu bilik, secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus, menyebabkan dia menganggap dirinya sebagai punca #BlackOut hari ini.

“Saya fikir saya punca #BlackOut sekarang ini. Tadi masa tutup suis lampu bilik, tiba-tiba everything went off (semuanya terpadam). I thought it was just my house (saya ingat hanya di rumah saya) dan ada short circuit (litar pintas) di mana-mana. So went to the box and checked (jadi periksa fius utama), semua ok. Rupanya satu Malaysia black out (terputus bekalan). Sorry ya guys,” coretnya.

 

MAKLUMAN AWAM Bekalan eletrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus termasuk Kuala Lumpur. Insiden ini...

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Tuesday, July 26, 2022

Sementara itu, jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan situasi terbabit menjejaskan sementara perkhidmatan lampu isyarat dan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan di ibu negara, antaranya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.

Menurut DBKL, petugas trafik diarah mengawal dan mengawasi lalu lintas susulan gangguan bekalan.

Terdahulu, Getaran melaporkan, beberapa lokasi di seluruh Lembah Klang mengalami gangguan bekalan elektrik, terutama di sebahagian kawasan Hulu Langat, Subang Jaya dan Shah Alam, Selangor; KLCC, Kuala Lumpur serta Nilai, Negeri Sembilan.

Kawasan lain yang terjejas termasuk Bukit Jalil, Selayang, Bukit Damansara, Segambut, Sri Hartamas dan Cheras, Kuala Lumpur, selain Petaling Jaya, Sunway, Seri Kembangan serta Bangi, Selangor.

Menurut The Vibes, ia menerima laporan mengenai bekalan elektrik terputus di Kota Baru, Kelantan; Ipoh, Perak; Pulau Pinang; Kuantan, Pahang dan Seremban, Negeri Sembilan dan Kedah.

Selain itu, perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Lembah Klang turut terjejas akibat gangguan tersebut.

Menerusi ciapan disiarkan pada 1.41 tengah hari, Rapid KL mengumumkan bahawa perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling terganggu.

Selain itu, Malaysia Airports Holding Bhd melaporkan bahawa operasi di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terganggu akibat masalah bekalan elektrik.

Pada masa sama, netizen melaporkan mengenai gangguan bekalan elektrik dialami mereka menerusi media sosial, termasuk menyebabkan perkhidmatan penghantaran seperti Grab terjejas.

Mereka memaklumkan, pesanan penghantaran dan tempahan yang dibuat ketika tempoh gangguan bekalan elektrik itu, dibatalkan.

Bagaimanapun, TNB dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik di semua kawasan terjejas pada jam 3:02 petang.

Jelasnya, kebakaran di pencawang Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor, menjadi punca utama kepada gangguan elektrik di Semenanjung yang dilaporkan bermula pada jam 12.39 tengah hari. - Getaran, 27 Julai 2022

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

Politik 1 hari yang lalu

"Berangan Boleh, Tapi Siapkan Dulu Projek Untuk Rakyat" - Pesan Mahfuz 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 4 jam yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong