Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Beberapa Kawasan Di Semenanjung Alami Gangguan Elektrik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 1:07PM

Keadaan di pusat beli-belah KLCC ketika gangguan elektrik berlaku tengahari tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa lokasi di seluruh Lembah Klang mengalami gangguan bekalan elektrik, terutama di sebahagian kawasan Hulu Langat, Subang Jaya, Shah Alam, KLCC dan Nilai.

Kawasan lain yang terjejas termasuk Bukit Jalil, Selayang, Bukit Damansara, Segambut, Sri Hartamas dan Cheras.

Netizen memaklumkan mereka berada dalam kegelapan di Petaling Jaya, Sunway, Seri Kembangan dan Bangi.

KLCC turut dilanda gangguan bekalan elektrik tengahari tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
KLCC turut dilanda gangguan bekalan elektrik tengahari tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Menurut The Vibes, ia menerima laporan mengenai bekalan elektrik terputus di Kota Baru, Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan dan Seremban.

Berdasarkan hantaran di Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, gangguan bekalan elektrik menyebabkan agensi itu terpaksa menutup pejabatnya di Alor Setar.

Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan menerusi ciapan di Twitter pula memaklumkan kawasan terjejas dengan situasi itu termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Negri Sembilan dan Pahang.

Sementara itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengeluarkan kenyataan ringkas di Facebooknya pada jam 1.23 tengah hari berhubung perkara terbabit.

 

Pelanggan yang dihormati, Ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Pasukan teknikal kami...

Posted by TNB Careline on Tuesday, July 26, 2022

Syarikat itu mengesahkan berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan dan memaklumkan pasukan teknikalnya sedang berusaha mengenal pasti punca masalah berkenaan.

Manakala, di Pulau Pinang, pengurus besar Light Hotel, K Raj Kumar memberitahu The Vibes bahawa sebahagian Seberang Jaya mengalami gangguan elektrik kecil, sebelum ia dipulihkan beberapa minit kemudian.

Selain itu, perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Lembah Klang turut terjejas akibat gangguan tersebut.

Menerusi ciapan disiarkan pada 1.41 tengah hari, Rapid KL mengumumkan bahawa perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling terganggu.

Selain itu, Malaysia Airports Holding Bhd melaporkan bahawa operasi di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terganggu akibat masalah bekalan elektrik.

Justeru, mereka yang berada di lapangan terbang dinasihatkan berurusan dengan kakitangan di situ untuk mendapatkan sebarang bantuan.

Pada masa sama, netizen melaporkan mengenai gangguan bekalan elektrik dialami mereka menerusi media dosial, termasuk menyebabkan perkhidmatan penghantaran seperti Grab terjejas.

Mereka memaklumkan, pesanan penghantaran dan tempahan yang dibuat ketika tempoh gangguan bekalan elektrik itu, dibatalkan.

Sementara itu, menerusi kenyataan terbaru TNB pada jam 2.25 petang berhubung perkembangan terkini situasi terbabit, dimaklumkan beberapa kawasan lain mengalami gangguan elektrik sejak jam 12.39 tengahari ini, membabitkan 2.2GW atau 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Antara kawasan terlibat adalah Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

Bagaimanapun, bekalan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di Lembah Klang.

“Punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“TNB akan memaklumkan kepada pelanggan dari masa ke semasa. Kami memohon maaf atas segala kesulitan dialami pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya. - The Vibes, 27 Julai 2022

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran