web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teliti Semula Perkara 43 RUU Anti Lompat Parti 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 4:00PM

Azalina Othman Said - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan bagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen meneliti semula Perkara 43 menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu penting bagi memberi hak kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang untuk membuat keputusan mewakili suara pengundi mereka.

“Perkara 43 ini memberi keyakinan kepada seseorang mendapat majoriti untuk menjadi pemimpin (Perdana Menteri) kepada kita untuk dilantik sebagai Ketua Majlis.

“Selagi pindaan Perkara 43 tidak berlaku, saya melihat apa yang kita bahaskan hari ini berhadapan, di mana setiap Ahli Parlimen angkat sumpah mempunyai hak menentukan masa depan kawasan masing-masing.

“Iaitu tidak terikat kepada mana-mana pihak selepas Ahli Parlimen itu mengangkat sumpah,” katanya semasa sesi perbahasan RUU tersebut di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, menjawab pencelahan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang mempersoalkan sekiranya boleh bertukar antara parti komponen dalam satu gabungan, Azalina mengesahkan ia boleh diaplikasikan.

“Memang benar boleh lompat dalam gabungan disebabkan elemen pergerakan dalam gabungan adalah dibenarkan.

“Namun dalam perkara ini, tindakan dan syarat persetujuan disahkan melalui apa-apa perjanjian menerusi pindaan Perkara 10, disebabkan inilah dapat mengesahkan wujudnya perhubungan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau bimbang sekiranya kerajaan negeri tidak mahu melaksanakan RUU tersebut.

“Tetapi kalau Perkara 48 tidak diubah, berkemungkinan mereka keluar (parti) akan dijadikan mangsa keadaan.

“Kalau tidak ubah Perkara 10 dalam apa keadaan sekalipun, berkemungkinan apa pun undang-undang perjanjian tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berusaha mencari jalan tengah bagi membantu ahli politik yang keluar parti tetapi bertanding atas tiket bebas.

“Ini bagi memberi keyakinan kepada rakyat kerana kita tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa orang tak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka sebab sudah muak,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad