web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Elaun KAFA: Saya Sendiri Jumpa Tengku Zafrul - Idris

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 7:09AM

Idris Ahmad berkata beliau sendiri telah berbincang dengan Menteri Kewangan berhubung rayuan penangguhan kemudahan cuti bersalin dan elaun penuh kepada guru Kelas Al-Quran dan  Fardu Ain (KAFA). - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT GANTANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau sendiri telah berbincang dengan Menteri Kewangan berhubung rayuan penangguhan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh kepada guru Kelas Al-Quran dan  Fardu Ain (KAFA). 

Idris berkata beliau telah bertemu dengan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi memaklumkan hasrat dan rayuan tersebut untuk pertimbangan selanjutnya.

“Kita buat rayuan kepada Kementerian Kewangan. Insya-Allah kita cuba atasi kerana semua itu kena ikut peraturan. Bukan kita tidak mahu jaga guru KAFA,” katanya dalam sidang media pada program Jualan Bergerak Bantu Rakyat di Surau Ahmadi, Sungai Petai di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dilapor mengesahkan keputusan menangguhkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari kepada guru KAFA seperti yang diumumkan pada Januari lepas, sebagai mematuhi saranan Kementerian Kewangan.

Idris berkata rayuan kepada MOF itu juga sebagai langkah membela nasib guru KAFA dan membantu kumpulan tersebut dalam apa juga cara. 

Dalam perkembangan lain, Idris berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu sensitif berkaitan penghinaan terhadap agama Islam dan pihaknya mendapat kerjasama baik daripada polis untuk menangkap mereka yang terlibat.

“Dakwaan bahawa kerajaan tidak bertindak tegas hanya bertujuan memanipulasi isu dan mengeruhkan keadaan kerana undang-undang yang sedia ada cukup untuk bertindak,” katanya dan menambah beberapa individu yang terlibat telah dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya membantu kerajaan dengan melaporkan kes-kes penghinaan terhadap agama Islam yang mungkin terlepas pandang oleh pihak berkuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam